16 April 2022, Sabtu, Kuala Lumpur – Kolaborasi antara Kongsi.Hub KL dan Canon Malaysia bagi program outing “Ramadhan Street Combat” berjaya dilakukan di sekitar Jalan TAR Kuala Lumpur. Sepertimana yang kita tahu mengikut sejarah outing “Ramadhan Street Combat” yang lalu, misi outing ini adalah merakamkan detik orang ramai di sekitar lokasi Bazar Ramadhan. Tetapi aktiviti kali ini agak berbeza oleh kerana perubahan yang telah berlaku selepas fasa ‘endemik‘ penularan wabak Covid-19, 2 tahun ini.

Syaiful Redzuan (Pengurus Program) salah seorang wakil daripada Kongsi.Hub KL menukarkan misi kebiasaan program ini kepada merakamkan keadaan kehidupan manusia hari ini di sekitar bandar Kuala Lumpur. Acara ini dimulakan pada pukul 6 petang oleh kerana keadaan cuaca pada petang itu hujan lebat dan tidak mengizinkan program bermula seperti yang dirancang.

Program outing kali ini tidak semeriah seperti program sebelum ini, terdapat 6 orang peserta sahaja yang mengikuti program ini, iaitu Syaiful Redzuan, Kamal Sallehuddin, Firdaus Latif, Sadiq Mohamad Sani dan Nur Laila Sya. Walaubagaimanapun, mereka berjaya merakamkan gambar-gambar yang sangat menarik pada sabtu lepas. Kebetulan pada hari tersebut di Dataran Merdeka juga terdapat program Iftar@KL anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Keadaan di sekitar Kuala Lumpur dimeriahi oleh warga kota yang berbuka bersama keluarga dan rakan-rakan.

Tambahan itu, perkara yang menarik minat peserta untuk program kali ini adalah peserta berpeluang menggunakan sistem Canon EOS R5 dengan pelbagai lensa semasa sesi outing. Hasil gambar-gambar telah di muat naik dalam platform Instagram peribadi baru-baru ini, dengan menggunakan hashtag yang disediakan.

Pengalaman menggunakan Canon EOS R5 sangat menerujakan, hasil gambar 2 kali ganda lebih baik! Boleh kata jika ada duit lebih boleh tukar peralatan fotografi yang sedia ada. program ini akan disambungkan pada sabtu minggu hadapan sebagai sesi review foto yang akan diadakan di Kongsi.Hub KL secara bersemuka dan secara langsung di Facebook.

NUR LAILATUL SYAHIRAH

NUR LAILATUL SYAHIRAH

Pelajar - Ijazah Sarjana Muda Fotomedia Kreatif (UiTM)

Adalah salah seorang pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Fotomedia Kreatif (KEPUJIAN) UiTM Puncak Alam, beliau mengambil Photojournalism sebagai Kursus Utama.

Beliau juga seorang freelance sambilan untuk fotografi komersial ketika belajar ini.