Pada 23hb Mei 2021, pihak admin Komuniti Fotografi Malaysia telah mengadakan cabaran foto bertajuk “Facemask Portraiture“, dan sebanyak lebih dari 100 penyertaan telah pun diterima. Dan pada 11 Jun 2021, pihak admin telah mengadakan live review untuk kesemua foto yang telah pun pihak kami tapis untuk dinilai.

Yang pertama, ingin pihak kami ucapkan kepada semua ahli yang sebelum ini telah menyertai photo challenge “facemask portraiture“. Mohon maaf dari pihak kami, jika sebahagian gambar yang telah dihantar, telah di”koyak“kan oleh tukhang komen. Pada awalnya, pihak kami bercadang agar review tidak terlalu keras (yang selalu kami praktikkan semasa photo review di kalangan fotografer) disebabkan objektif utama kami adalah untuk menarik ramai peminat fotografer yang baru diluar sana ke dalam group ini. Pada pandangan kami, jika review terlalu keras, ianya akan menyebabkan yang baru meminati fotografi, akan menyebabkan mereka tidak ingin berkongsi lagi gambar di dalam photo challenge yang akan datang. Perkara ini pihak kami amat mengambil berat.

Walaubagaimanapun, dalam proses review sedang berlangsung, pihak kami ter”keras” sedikit dalam meng”review” gambar-gambar tuan-puan. Ada gambar-gambar yang telah kami reject sama sekali kerana ianya tidak menepati tema dan ada juga gambar-gambar yang tidak dapat diselamatkan walaupun gambar tersebut telah diedit.

Pada pandangan kami, semasa tengah berlangsungnya proses review tersebut, pihak kami berasa perlu diberikan penekanan bagaimana sesebuah gambar itu perlu diambil dan diperbaiki. Ini kerana, gambar-gambar yang dihantar untuk direview amat sesuai diedit sebagai satu proses pembelajaran. Jika tuan-puan melihat intipati review yang telah dijalankan, ianya boleh disimpulkan, bahawa:

1) Teknik “cropping” atau memotong gambar. Teknik ini adalah salah satu cara teknik untuk menyelamatkan gambar, dimana elemen-eleman yang tidak diperlukan di dalam gambar dibuang dan juga dikomposisikan gambar tersebut.

2) “Clean background“, memastikan tiada elemen yang berada didalam gambar tersebut yang menggangu (distraction) elemen utama gambar tersebut. Walaubagaimanapun, ianya tidak salah jika sekiranya ada elemen-elemen kecil yang boleh membantu elemen utama bagi menguatkan gambar tersebut.

3) Komposisipengcahayaan, exposure dan warna adalah penting dalam sekeping gambar. Walaubagaimanapun, teknik-teknik diatas perlulah di parktis selalu dan teknologi terkini dalam fotografi iaitu smartphone, telah memudahkan cara proses pembelajaran fotografi.

 

Gambar yang menepati tema, tiada komen disertakan. Hanya gambar yang perlu diperbaiki akan disertakan komen bersama gambar sebelum & selepas diperbaiki. 

Tontoni video youtube untuk melihat bagaimana sesebuah foto dinilai oleh pihak admin.