Pihak Jurugambar.com dan Sembang Fotografi Shah Alam dengan kerjasama Taman Botani Negara Shah Alam telah menganjurkan program Photopicnic @ Taman Botani Negara Shah Alam pada Sabtu, 21 September 2019 yang lalu.

Pendaftaran peserta & sarapan pagi

Program yang dihadiri oleh 64 orang peserta ini telah dikendalikan oleh 7 orang tenaga pengajar berpengalaman antaranya En Safir (pemilik Jurugambar.com), En Adhadi (pemilik Adhadi Training Centre), En Hariz (Fotografer – Institut Darul Ehsan), En Lah Sadzik (Fotografer NGO), En Iqbal (FRIQ Still Motion Studio), En Rahim Rahmad (Wedding Photographer)  dan En Member (Landscape Photographer – Retired Engineer). Salah seorang urusetia dari pihak penganjur, En Mursid berkata ‘pengisian program yang terbuka kepada semua jenis kamera termasuk telefon bimbit, kamera mirrorless, DSLR, kamera kompak dan juga kamera aksi, telah membuka penyertaan kepada ramai peminat fotografi’.

Perasmian acara oleh YB Najwan Halimi

Program dimulakan dengan sesi perasmian oleh YB Najwan Halimi, adun Kota Anggerik. Beliau di dalam ucapannya berkata ‘Fotografi adalah sesuatu yang penting bukan sahaja dalam merekod sesuatu perkara, tetapi juga sebagai satu kemahiran yang boleh diasah sebagai pendapatan sampingan oleh anak muda’. Setelah selesai majlis perasmian, perserta yang hadir telah dibahagikan kepada kumpulan kecil untuk sesi photo walk dimana peserta telah dibawa ke lokasi menarik di sekitar Taman Botani Negara Shah Alam. Dalam sesi ini peserta telah didedahkan kepada keknik asas fotografi secara hands on. Peserta-peserta dibahagikan kepada 2 jenis kumpulan, iaitu kumpulan smartphone dan juga kumpulan DSLR & mirrorless. Untuk kumpulan smartphone, pengkhususan kepada teknik komposisi yang sesuai untuk digunakan bersama smartphone, manakala kumpulan DSLR & Mirrorless, ianya merangkumi asas teknikal dan komposisi.

Peserta kategori smartphone

Program disusuli oleh sesi photo critic yang dibawa oleh En Hariz dan En Lah Sadzik. Dalam sesi ini, gambar-gambar yang diambil peserta dinilai untuk memahami kefahaman pembelajaran mereka supaya mudah bagi mereka memperbaiki kekurangan setiap gambar yang dinilai.

Peserta kategori DSLR & Mirrorless

Di akhir acara ini, jemputan khas kami, En Ariff Awaluddin dan Pn Soraya Yusof Talismail, adalah fotografer professional yang juga pasangan suami isteri telah sudi meluangkan masa untuk berbicara perihal kehidupan perjalanan sebagai seorang fotografer.

Upacara penutup dengan bual bicara oleh En Ariff dan Pn Soraya

Pihak Jurugambar.com dan pihak admin Sembang Fotografi Shah Alam ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA), terutamanya Cik Nurul Wardina, Pegawai Penghubungan Awam TBNSA serta Pn Norizan, Penolong Pegawai Perhubungan Awam TBNSA yang sudi menerima kertas cadangan kami. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada En Abdul Halim & En Khairul Hanif, kakitangan TBNSA yang membantu kelancaran program julung kami ini.

Gambar penutup program