Lima puluh empat gambar dengan penyertaan seramai empat puluh satu jurugambar berbakat menghiasi ruang legar Dewan Tun Canselor MMU Cyberjaya pada 19 dan 20 April 2019 yang lalu.
Pameran sulung Fotografi Jalanan Malaysia bagi tahun 2019 ini dianjurkan oleh Unifi bersempena dengan kempen #khabarbaik 2019.
Selepas mendapat jemputan dari pihak Unifi pada akhir bulan Mac yang lalu, admin FJM mula mengatur langkah bagi memastikan pameran ini berjalan dengan lancar dengan melancarkan meeting tak kira waktu dalam whatsapp.
54 gambar yang dipamerkan adalah gambar terbaik dari tahun lepas dan tahun ini. Ia merupakan gabungan orang lama dan orang baru, dalam dan luar negara sekaligus memeriahkan penyertaan pameran pada kali ini. Terima kasih Malaysia, Indonesia, Kuala Lumpur, Mersing dan Subang Jaya. eh….
Kelam kabut is our middle name. Dari pagi hingga malam tanpa henti menguruskan design, print, contact photographers and finalise everything! Even dalam mimpi pun boleh jumpa dorang ni. Wow bukan?
Bukan mudah untuk memastikan setiap event itu berjalan dengan lancar tanpa usaha keras dari pihak admin tapi alhamdulillah. BERBALOI PELUH JANTAN KAMI!!
The preparation and whatsappening :-
18 April 2019 – Khamis
Susun dan tampal gambar.
Finalise all the facilities for the booth.
Still waiting for the printing…
19 April 2019 – Jumaat
Cut and paste nama-nama
Labelling and finalise layout
Arranging books to read
Setup tempat talk
Make sure backstage pass dalam tangan!
Layan pengunjung…
Layan Hujan!!…
20 April 2019 – SABTU
We start our day with shoot abam2 bikers.
Waiting for the VVIP (Che Mat & Shamsharin & Bazuki)
Talk start at 3pm. Sembang santai jeww…
Layan VVIP makan and borak lagi
Layan Pesawat dan Estranged..
Tutup booth dalam 11pm…
About the Talk
The plan was listening to Che Mat sharing his experience and point of view.. Turning into a borak-santai-lepak-minum-redbull kinda thing hehe….
So basically the talk was awesome. Che Mat, Shamsharin and Bazuki did a tremendous talk giving us a lot of new ideas, their point of view about street photography nowadays, and even advice on copyright, value of the image, defining characteristic between street photo and photo journalism, their opinion about staging and manipulation in street photo and banyak lagi. You can watch the live video in FJM Official FB Page.
Sape yang bagi gambar ??
So basically, yang participate bagi gambar untuk exhibition pertama ini adalah gabungan orang lama dan baru terdiri daripada ahli-ahli FJM, admin FJM dan saudara dari negara seberang. Participant yang termuda berumur 8 tahun dan yang tertua pula berumur lebih kurang 50-an. Wow bukan?
Ahmad Khalil Mustafar, Ain Street Croni; Aizad Fadzli, Amirul Johari, Anik Surabaya, Boy Manzareck, Cak Anamovich, Chot Touch, Chris Tuarissa, Daeng Firman Syah, Elkay Lee, Farith Rizal, Hammam Mustafar, Hisham Ahmad, John Rudio, Judy Soon, Khairizam Azam, KL Chong, Koushik Sinha Roy, Loke Foong Wai, Marero Adi Achmad, Marvin Buhian Mamerto, Mohd Zaidi, Muhammad Azwan, Nayeem Jabaz, Nazeehah Zaini, Putera Darul Aman, Raja Iconk Viiaannssa, Rosli Natiman, Saiful Nizam Basri, Shah Shukri, Shamsull Bakhtiar, Shar Anoruddin, Stefano Romano, Sukowisesa Pratyeka, Sylvia Cameliasari, Tejal Mewar, Wan Zuharuddin, Yang Zheng Siang, Zamrus Jadid, Zuhnun Ismail
Pihak FJM ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Founder FJM iaitu CHOTTOUCH kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk menjalankan pameran ini. Kepada para admin yang powerful bombastik HAMMAM, KHAIRIZAM and SHAH SHUKRI yang bertungkus lumus pagi petang siang malam untuk menjayakan pameran pertama FJM pada tahun 2019 ini.
Tidak lupa juga kepada Che Ahmad Azhar, Bazuki dan Shamsharin yang sudi meluangkan masa hari minggu bersama kami. TQ BEBEH!
Rakan-rakan dan para pengunjung yang singgah bertanya .. thank you for your support!
The End
Laporan oleh,
Nazeehah Zaini
Cikgu Tadika
Nazeehah Zaini
Fotografer & Ahli Perniagaan
Anak jati Subang Jaya, meminati fotografi sejak tahun 2012. Bermula sebagai part time model catwalk FJM telah membuka jiwa untuk mempelajari fotografi terutama dalam genre street/jalanan.
Genre jalanan menjadi pilihan kerana ianya menimbulkan sifat-sifat ingin tahu di dalam diri mengenai perkara-perkara yang berlaku di persekitaran manusia. Ianya memberikan kepuasan hati yang amat terhingga bila dapat membidik & merakam peristiwa-peristiwa yang berlaku di depan mata. Memiliki Diploma in Early Childhood Education dari University Malaya mungkin mendidik diri untuk mengexplorasi dan menyayangi kehidupan manusia.
Menjadi ahli aktif FJM sejak 2012 seterusnya dilantik menjadi salah seorang Admin FJM sejak 2014.