Sejak awal tahun 2020, pandemik Covid 19 bukan sahaja telah melanda negara kita, Malaysia tetapi telah menyerang keseluruh dunia. Pandemik ini telah memberikan kesan yang amat mendalam bukan sahaja dari segi kesihatan tetapi juga dari segi ekonomi. Sehingga kini (Mei 2021), Malaysia masih lagi berjuang menghadapi situasi pandemik yang masih tiada kepastian bilanya akan berakhir.

Sejak awal pandemik ini, golongan “Barisan Hadapan (Frontliners)” yang terdiri dari para doktor, jururawat, paramedik, polis, tentera, bomba, wartawan, fotojurnalis dan pelbagai lagi agensi telah banyak berkorban untuk memastikan kesihatan & keselamatan rakyat Malaysia terjamin. Dan ada sebahagain daripada mereka ini telah terkorban dalam memerangi pandemik ini.

Untuk menghargai pengorbanan mereka, KFM telah mengadakan cabaran yang bertajuk “Barisan Hadapan (Frontliners)”. Setiap ahli komuniti telah dibenarkan menggunakan kamera DSLR, kamera filem, kamera nircermin(mirrorless) ataupun kamera telefon pintar.

Cabaran KFM kali ini telah berlangsung dari 12 sehingga 26 Februari 2021.

Untuk para profesional fotografer, mereka telah memberikan gambar-gambar terbaik mereka agar ianya menjadi inspirasi dan juga rujukan kepada yang ingin mempelajari & meminati fotografi.

Setiap gambar yang dihantar adalah hak milik pemilik penghantar dan bukannya hak milik KFM.

Untuk kali ini, pihak kami mengumpulkan semua gambar yang dihantar ini dan dijadikan satu musik video agarnya ianya lebih dirasainya pengorbanan frontliners.

Lagu hiasan ini bertajuk “Doa Untuk Kamu” nyanyian penyanyi Indonesia Aviwkilla. Lagu asal boleh dil layari disini