Mengenai Kami

Kami adalah terdiri dari sekumpulan ahli profesional, amatur dan peminat fotografi & videografi yang ingin mencurahkan dan berkongsi ilmu, pengalaman & pandangan kami kepada masyarakat yang meminati fotografi & videografi.  Kami juga ingin mendidik dan membuka mata masyarakat umum bahawa seni fotografi & seni videografi (senimatografi) itu adalah cabang salah satu cabang seni dan ianya sepatutnya dipelajari ilmunya dan juga sepatutnya dilayan secara ilmiah.

 

Kenapa diwujudkan?

  1. Sebagai tempat rujukan informasi mengenai dunia fotografi & videografi(senimatografi) tempatan & luar negara.
  2. Sebagai tempat rujukan para fotografer, videografer dan peminat fotografi/videografi untuk menambah ilmu dan mempelajari ilmu-ilmu seni fotografi, seni videografi, pengurusan seni perniagaan dan lain-lain ilmu yang difikirkan sesuai untuk menaikkan mutu & ilmu seorang fotografer & videografi.
  3. Sebagai tempat untuk meluahkan pandangan dan candangan terhadap isu-isu semasa dan cabaran yang dihadapi oleh fotografer & videografer.
  4. Sebagai tempat untuk para pengkarya seni fotografi & videografi mempamerkan dan mempromosikan hasil karya mereka.
  5. Tempat untuk mendidik dan memberitahu masyarakat umum mengenai fotografi, videografi dan kerjaya seorang fotografer dan videografer serta cabang-cabang ilmu fotografi dan videografi.
  6. Salah satu cara dan usaha untuk menaikkan martabat kerjaya seorang fotografer dan videografer di mata masyarakat umum.
  7. Ketiadaan laman web informasi yang membicarakan dunia fotografi & videografi dalam Bahasa Melayu.

Kenapa memilih Bahasa Melayu?

  1. Bahasa pertuturan/komunikasi yang paling banyak digunakan & difahami oleh penduduk di Malaysia, Singapura, Brunei & Indonesia.
  2. Terdapat banyak laman web berbahasa English yang mempaparkan informasi berkaitan fotografi/videografi dan ketiadaan laman web yang menggunakan bahasa Melayu sebagai medium perbicaraan.
  3. Ingin menggunakan medium komunikasi Bahasa Melayu kerana berpendapat ianya dapat menyatukan pelbagai kaum & bangsa yang berada di Malaysia, Singapura, Brunei & Indonesia.

 

Kenapa memilih laman web jurugambar.com?

  1. Mengikuti trend & teknologi semasa di mana majoriti masyarakat kini menggunakan internet sebagai tempat mencari informasi.
  2. Ingin menjadikan laman web jurugambar.com sebagai tempat tujuan paling utama di internet untuk mencari informasi mengenai fotografi.

 

 Lokasi Kami

Pusat penerbitan kami bertempat di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor, Malaysia. Kami boleh dihubungi di email kami: jurugambardotcom[a]gmail.com