Tertarik dengan bengkel Thaipusam warna dan emosi yang dianjurkan oleh Jurugambar.com aku memutuskan untuk meghadirkan diri di Kafe 57 pada tarikh yang mereka tetapkan. Faktor utama aku berminat adalah kerana kesemua yang akan memberi tunjuk ajar ialah golongan jurugambar professional yang berpengalaman lebih dari 10 tahun. Memandangkan ini merupakan kali pertama aku menyertai bengkel fotografi, banyak info dan ilmu baru yang aku perolehi. Ternyata aku membuat keputusan yang betul untuk menjadi salah seorang peserta bengkel.
Perjumpaan kedua kami ialah di Sentral Market pada jam 10 malam sehari sebelum perayaan hari Thaipusam. Jalan2 utama di Kuala Lumpur telah mula sesak sejak awal petang lagi. Sebelum kami memulakan sesi memburu gambar, mentor telah memberi taklimat keselamatan yang perlu dititik beratkan serta lokasi berkumpul selepas tamat. Thaipusam merupakan peristiwa tahunan yang jatuh pada bulan penuh dimana penganut agama Hindu bekumpul memberi peghormatan kepada tuhan peperangan yang mereka gelar sebagai ‘Lord Murugan‘. Hari pertama upacara ini mereka akan mula berarak dari kuil Sri Maha Mariamman di jalan H.S Lee menuju kuil Sri Subramniam yg berusia 233 tahun di Batu Caves. Malam yang gelap itu dimeriahkan dengan lautan penganut Hindu yang berarak bersama Chariot Perak melalui Jalan Bandar, Kuala Lumpur.
Aku menjenguk keluar jendela kereta, bulan penuh bisik ku dalam hati tapi aku masih tersangkut dalam kesesakan lalu lintas betul-betul dihadapan kuil Batu Caves. Pihak penganjur bengkel telah menetapkan lokasi berkumpul di sebuah restoran mamak berhampiran pada jam 3.00 pagi. Aku menjengah jam menunjukkn jam 3.05 pagi dan hanya berjaya mendapatkan parkir selepas setengah jam. Mula langkahku berlari-lari anak dari BHP Petrol Stesen yang jaraknya kurang lebih 1 km ke kuil tersebut. Dengan berbekalkan infomasi yang telah dberikan oleh penganjur dan mentor aku mengatur strategi ke sungai berhampiran kuil. Disitulah tempat mereka memulakan penyucian sebelum melakukan upacara penyembahan.
Kelihatan devotee sedang bercukur disepanjang kaki lima menuju ke sungai. Sama ada lelaki mahupun wanita, tua atau muda. Menurut kawanku yg beragama Hindu bercukur adalah salah satu cara mereka berterima kasih diatas hajat mereka yg telah dipenuhi.
Rambut yang telah dicukur akan dihanyutkan di sungai sebagai simbolik menghayutkan dosa2 mereka.
Selepas itu mereka akan menyucikan diri dgn mandi sebelum bersiap untuk memakai kavadi.
Antara bahan yang digunakan semasa devotee bersiap setelah membersihkan diri.
Kelihatan sebuah keluarga sedang memberi sokongan moral kepada salah seorang ahli keluarga yang menunaikan kavadi dengan menyucuk pipi. Ianya adalah simbolok kepada penghapusan dosa2 yang dilakukan oleh mulut.
Sementara devotee sedang melakukan ritual ahli keluarga yang lain bersedia dengan susu dikepala untuk berarak ke dalam kuil.
Devotee sedang bersiap dicangkuk badannya dengan alatan tajam.
Menghisap curut merupakan salah satu cara untuk devotee menghayati upacara peyembahan
Colok yang akan disertakan dengan makanan untuk dipersembahkan kepada lord murugan
Kesungguhan anak kecil membawa susu menaiki 127 anak tangga bagi dipersembahkan pada lord murugan
Wajah tenang salah seorang devotee mempersembahkan kavadi walaupun lidah nya ditembusi besi tajam dalam upacara ini
Sebuah keluarga yang kelihatan letih dikaki lima jalan menuju puncak gua.
Tersenyum devotee ini memperagakan pakaian merak yang menarik mata peserta dan pelancong yang hadir.
Bersahaja seorang penganut Hindu ini selepas selesai menyempurnakan upacara di hari Thaipusam
Solehhuddin Rasid
Aircraft Technician, Fotografer Perkahwinan & Kembara
Bermula dlm bidang fotografi ketika menuntut di Scotland dgn mengambil gambar landscape dan nature.
Kemudian berjinak dgn wedding photography sejak 3 tahun lepas.
Ingin mendalami journalist style dan story telling photography.
Bagi saya bidang photography ini sangat luas dan semakin banyak kita belajar semakin banyak yang kita tidak tahu membuatkan kita ingin explore lebih dalam.