PENCAHAYAAN PAGI
(MORNING LIGHT)

Pencahayaan pagi amat digemari oleh pencinta fotografi. Penggambaran seawal di peringkat Blue Hour lagi, saat kemunculan cahaya pertama berwarna biru kelam di ufuk timur jurufoto genre landscape sudah siap sedia di lokasi pilihan bagi merakam moment Blue Hour seterusnya Sunrise. Dengan pelbagai rujukan seni melihat matahari terbit (sunrise), disusuli waktu morning light banyaklah moment keindahan alam separuh dunia dirakamkam dan sering digunakan sebagai promosi sesuatu tempat.

Jika direzekikan cuaca baik semasa pagi penggambaran, jurufoto akan dihidangkan dengan cahaya Golden Light iaitu pencahayaan semulajadi terhasil semasa pergerakan awal matahari meninggi dari garisan horizon, rona cahaya lembut serta kuning keemasan memenuhi ruang pemandangan. Tempoh lebih kurang 10-15 ini biasanya keadaan lokasi akan menjadi sesuatu pemandangan alam semulajadi yang cukup indah. Alatan tambahan seperti filter GND, RGND sering digunakan waktu ini bagi mengelapkan awan dan mengawal pencahayaan atas dan bawah bagi mendapat moment lebih memukau.

Ketika matahari akan terus bergerak naik dan perlahan-lahan pencahayaan pagi ‘Morning Light’ berubah terik sehinggalah jam 10/11 pagi. Pencahayaan diwaktu ini jika diawal pagi pada kedudukan condong akan menghasilkan bayang pagi yang memanjang, pekat, contras selalunya menjadi kegemaran fotografer jalanan. Jika diamati betul-betul, setiap peringkat akan menghasilkan cahaya semulajadi yang berbeza-beza. Terpulang kepada kreativiti jurufoto untuk menggunakan sepenuhnya cahaya semulajadi yang terhasil setiap pagi untuk menambah seri pada visual supaya menarik dan kreatif.

Sifat pencahayaan morning light; jika cahaya datang dari arah tepi akan menghasilkan ilusi ruang yang memamarkan karekteristik subject terbentuk tiga dimensi. Jika cahaya dari belakang boleh memberi kesan silhouette. Sebagai jurufoto, penguasaan cahaya perlu difahami dengan mendalam, contohnya kualiti pencahayaan diwaktu pagi berbeza kualiti pencahayaannya pada waktu tengahari dan petang.

Berbalik kepada penyertaan gambar Pameran Angkatan Senifoto Wilayah Persekutuan (ASFON WP) sempena Kuala Lumpur Festival Photography (KLPF2023) yang diadakan bermula 18 hingga 20 Ogos 2023 di Gateway Mall, Kuala Lumpur, sebanyak 89 keping telah diterima dari 44 Ahli dan Rakan ASFONWP.

Alhamdulillah… dan terima kasih atas sokongan semua. Masalah ruang pameran yang terhad hanya 50 keping sahaja yang akan dipilih dan dicetak bersaiz 12 x 18 in setiap seorang dengan tajaan oleh FUJIFILM (M) Sdn Bhd.

Melalui notis dan promosi yang singkat, ramai Ahli/Rakan ASFON WP yang menyertai, malah dikalangan bergelar Pensyarah, Pendidik, Tenaga Pengajar dari Universiti, Kolej, dan kalangan professional iaitu Duta, Guru, X Photographer, Master, Otai, Sifo dari pelbagai jenama kamera hadir menyertai.

Malah karya yang diterima keseluruhanya dapat menggambarkan kegigihan jurufoto membuat penggambaran di sesuatu lokasi yang jauh di luar dan dalam negara, menepati tema, pelbagai subject utama dicuitkan, sarat dengan kreativiti, penuh dengan elemen pencahayaan pagi yang ’wow’ hingga sukar pihak urusetia memilih yang terbaik dari terbaik.

Dalam pemerhatian ASFON WP, tema Morning Light merupakan aktiviti kegemaran dari semua genre khususnya landskap, kemanusian, foto jalanan dan sentiasa mempunyai koleksi visual baru. Tahniah kepada semua yang menyertai dan tahniah kepada Tim Urusetia ASFON WP sentiasa memberi komiten dan bersungguh menjayakan. Semoga aktiviti perpameran bersama KLPF setiap tahun akan berterusan disamping menwujudkan pertemuan, persahabatan, ukhwah, kesatuan yang kuat dan padu buat ASFON WP.

Terima kasih semua.

Artikel asal

SHAMSUL SHAMSUL KAMAL BIN ZAKARIA

SHAMSUL SHAMSUL KAMAL BIN ZAKARIA

Presiden ASFONWP 2023

SHAMSUL KAMAL BIN ZAKARIA