Kali ni aku nak share pendapat aku mengenai salah faham yang sering dikaitkan dengan Street Photography. Bagi orang yang tak pernah tahu mengenai genre ni, kebiasaannya mereka berpendapat bahawa gambar yang dihasilkan seolah olah tiada makna atau sia-sia.

Maka, untuk memahami apa yang cuba disampaikan atau dipersembahkan oleh Street Photographers – diruangan yang terhad disini aku cuba memperbetulkan pandangan umum mengenainya.
Ada dua jenis salah faham yang biasanya timbul, antaranya ialah:

1.“Style” gambar yang dihasilkan
2. Matlamat Street Photography

1. Style Gambar yang Dihasilkan

Kat Malaysia ni, kebanyakkannya orang dah terbiasa dengan genre landscape, wedding atau pon photojournalism. Gambar-gambar dalam genre ini kebiasaannya lebih kemas dan tersusun. Jadi, bila dia tengok gambar-gambar dalam genre street – dia tak nampak atau tak faham apa tujuan gambar tu dirakamkan.

Untuk merungkaikan kekeliruan, berikut adalah jenis-jenis “style” street photo yang wujud pada masa sekarang:

Gambar “standard”

Kebiasaanya gambar-gambar yang dirakam lebih kepada kehidupan warga kota (atau dimana sahaja). Kebiasaanya photographer cuba merakam gambar tersebut secara candid atau unobtrusive yang mungkin boleh dijadikan bahan sejarah – this includes places, spaces and lifestyle of the people at that place. Photographer yang mengekalkan ciri-ciri ini dalam gambar-gambar mereka adalah seperti Henri Cartier Bresson atau Robert Doisneau.

© Robert Doisneau

© Henri Cartier Bresson

Gambar berani atau lebih intrusive

Photographer jenis ini cuba merakam reaksi muka orang dalam pelbagai keadaan dan situasi. Gambar yang dihasilkan lebih kepada personal intrusive – dimana photographer merakam gambar orang awam dijalanan dengan lebih dekat dan tepat dimuka tanpa memohon kebenaran untuk mengambil gambar. Tujuannya semata-mata kerana photographer tersebut suka melihat reaksi muka yang “original” dan bukan “fake”. Pada mereka, jika kita memohon kebenaran untuk mengambil gambar, orang tu akan cuba “fake” kan reaksi wajahnya – dan ini sangat tak sesuai dengan jiwa photographer tersebut. Contohnya gambar yang dihasilkan oleh Bruce Gilden. To be honest, ade orang suka dan ada orang yang tak suka dengan style mcm ni. Stakat ni, aku tak rekomen korang buat style macam ni kat Malaysia… better save then sorry okay.. 😉

© Bruce Gilden

Raw

Street photographer jenis ini merakam semua benda pada setiap keadaan – sehinggakan benda-benda sensitif pon mereka rakam. Contohnya gambar-gambar orang homeless dengan keadaan yang tak terurus, gambar orang cacat dalam keadaan yang sangat menyedihkan, gambar orang gian dadah dalam keadaan yang kotor dan sebagainya. Photographer jenis ini cuba merakam reality in its harderst form. If you’d ask me, please don’t do this. Ini kerana setiap Street Photographer wajib mempunyai etika yang tersendiri. Bukan semua perkara harus ditunjukkan kepada orang awam. Unless we want to make changes to his/her situation and to approach the authorities so that the necessary changes can be made to improve his/her life.

Fine Art

Gambar yang dihasilkan seolah-olah seperti lukisan kehidupan in its purest form. Photographer cuba menggabungkan elemen seperti cahaya, bayang, pattern dan komposisi agar gambar yang dirakam sesuai untuk digantung di dinding. Gambar-gambar jenis ini lebih senang untuk dilihat dan orang awam boleh menilai dan memberi interpretasi mengenai gambar yang dilihat mengikut citarasa masing-masing.

© Alex Webb

Geometric

Gambar-gambar yang dihasilkan kebiasaannya have less people (or most of the time – no people at all) dan mempunyai elemen-elemen geometric seperti bentuk bayang, garisan, tangga, dinding dan sebagainya. Gambar jenis ini biasanya dirakamkan dalam keadaan yang terkawal dan photographer mempunyai banyak masa untuk mengolah gambar yang diambil agar bertepatan dengan komposisi dan citarasanya.

© Chot Touch

Gambar yang bijak

Gambar-gambar yang dihasilkan dapat dibaca dengan mudah oleh orang awam sehinggakan kita tidak terfikir dia boleh merakam gambar yang sedemikian. Gambar jenis ini ada “wow factor” nya yang tersendiri. Sesiapa sahaja yang melihat pasti terpesona. Salah satu teknik yang biasa digunakan adalah juxtaposition.

 

Portraiture

This one is self explanatory. Kebiasaanya street photographer jenis ini akan memohon untuk mengambil gambar dan orang awam yang nak dirakam itu bersetuju untuk gambar mereka dirakamkan. Jika orang tu tak bersetuju, they just walk away and look for another subject. Kat Malaysia ni ada dua photographer yang focus dalam street portraiture iaitu Robin Wong dan Yeow Chin Liang.

© Yeow Chin Liang

2. Matlamat Street Photography

Objektif atau matlamat setiap Street Photographers adalah berbeza. Tetapi secara umumnya, matlamat Street Photography lebih kepada jangka masa panjang. Ini kerana untuk menghasilkan satu “body of work” yang mempunyai jalan cerita atau style yang tersendiri, ia perlu mengambil masa yang lama. Ini kerana kebiasaannya Street Photographer akan cuba focus menghasilkan gambar pada sesuatu tempat yang tertentu. Dan untuk memastikan gambar yang dihasilkan tidak repititive atau berulang-ulang, mereka perlu mencuba berbagai teknik komposisi dan mencari “moment” yang berbeza pada setiap hari.
Sama seperti genre photojournalism, setiap gambar yang cuba dihasilkan akan memberi maknanya yang tersendiri bila mana gambar-gambar tersebut telah terkumpul dan menjadi sebuah buku (dalam terma Street Photography kami panggil “collective”).

Oleh itu, satu keping gambar yang anda lihat di internet tidak akan memberi apa-apa makna selagi anda tidak “membaca” keseluruhan “cerita” apabila ianya telah dibukukan.

Oleh itu, don’t judge us by looking at one picture only. You’ll need to see the whole “story” in order for you to appreciate what we are trying to tell to the world.

 

 

Sumber: Snapby.me

Mohd Hishah Ahmad

Mohd Hishah Ahmad

Perunding IT & Tutor Sambilan Fotografi

Saya dilahirkan di Teluk Intan, Perak, Malaysia pada tahun 1979. Saya seorang Perunding IT dan Pengajar separuh masa di Saiful Nang Academy yang mengajar intipati teknik fotografi digital.

Semua ini sementara saya telah melakukan fotografi landskap untuk beberapa waktu, tetapi sekarang saya lebih memberi tumpuan kepada fotografi jalanan. Tukar dari landskap ke fotografi jalanan terutamanya kerana tinggal di bandar raya ini (Kuala Lumpur) sukar untuk mendapatkan lampu dan warna yang indah yang selalu anda harapkan pada waktu matahari terbenam dan matahari terbit. Kebanyakan masa saya dibiarkan kecewa kerana warna yang saya jangkakan tidak pernah muncul.

Dorongan untuk berpindah dari fotografi landskap ke fotografi jalanan bermula pada bulan September 2015 kerana jerebu yang mengerikan di bandar. Berfikir bahawa saya telah meninggalkan kamera saya tidak disentuh selama hampir sebulan kerana jerebu – saya mencabar diri saya untuk keluar dan mendapatkan beberapa gambar di jalan. Sejak itu, saya telah jatuh cinta dalam fotografi jalanan.

Fotografi jalanan mengajar saya untuk menghargai sekeliling saya tanpa mengira apa itu. Ia mengajar saya untuk berfikir kreatif setiap kali, sebelum saya menekan shutter. Cabaran-cabaran ini mendorong saya untuk meneruskannya berulang kali. Kerana begitu saya betul – saya dapat merasakan kemuliaan dan kepuasan di dalam diri saya yang saya tidak dapat menjelaskan.

Pencapaian:
Dipamerkan dalam Galeri Persaingan LensCulture Street Photography 2016.
Beberapa kali terbit di feed Fotografi Jalanan Malaysia (FJM) Instagram feed (2016).
Dua gambar jalan saya dipilih dan diterbitkan di bawah pameran Fotografi Jalanan Malaysia (FJM) semasa Festival Fotografi Kuala Lumpur (KLPF) pada Oktober 2016.