Judul Buku: Panduan Asas FOTOGRAFI DIGITAL

Penulis: Sabki Md Noh & M. Shariful Hafizal Aminuddin

Pekerjaan: Pensyarah Fotografi

Majikan:  Jabatan Fotomedia, Fakulti Kreatif Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM Puncak Alam.

Terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka (2017)

Muka Surat:167 ms
Saiz: A5

Buku ini merupakan tulisan bersama dua orang pensyarah daripada Jabatan Fotomedia, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka UiTM Puncak Alam. Penulis utama buku ini ialah En Sabki Md Noh, yang mempunyai kelulusan akademik Diploma dalam bidang Fotografi, Ijazah dalam bidang Pengajian Media dan Komunikasi (Kewartawanan), serta kelulusan peringkat Sarjana di dalam bidang Komunikasi Visual.

Penulis kedua buku ini iaitu En. Shariful Hafizal Aminuddin juga mempunyai kelulusan Diploma dan Ijazah dalam bidang Fotografi serta Sarjana dalam bidang Komunikasi Visual. Sebelum menjadi tenaga pengajar di UiTM. Saudara Shariful merupakan jurufoto di akhbar Utusan Malaysia selama 7 tahun, hasil kerja beliau lebih banyak kepada tugasan fashion dan fotografi potrait.

Secara keseluruhan kandungan buku ini merangkumi keseluruhan asas fotografi iaitu aspek cahaya, sistem optikal,sistem kamera dan sistem pendedahan cahaya untuk membolehkan sekeping yang sempurna dirakam.

Penggunaan banyak ilustrasi gambarajah menjadikan penulisan buku ini mudah difahami. Aspek sejarah dan seni melihat juga dibincangkan di dalam buku ini.

Kesimpulan buku ini bukan saja sesuai dibaca oleh individu yang ingin mempelajari fotografi, tetapi juga sesuai dijadikan panduan oleh tenaga pengajar bagi mengajar asas fotografi.

 

buku ini sesuai untuk sesiapa yang baru ingin mempelajari fotografi dan juga menjadi panduan untuk mengajar fotografi daripada peringkat asas

Harga Biasa :RM30. 00

Buku ini boleh di beli di:
1) Hubungi En Sabki Md Noh di talian 017 329 2302
2) Layari https://dbpniaga.my/