Naza Hamed
Jurugambar Profesional & Pereka Bentuk Grafik
Fotografi merupakan hobi sejak sekolah menengah.
Namun ia menjadi satu nilai tambah terhadap kerjaya sebagai Pereka Bentuk Grafik (Graphic Designer) dalam membantu kerja-kerja kreatif dalam bidang pengiklanan dan penerbitan buku.
Terdorong dalam genre foto-dokumentari terutamanya dalam skop sosio kemasyarakatan.
Banyak menggunakan imej hitam putih sebagai medium komunikasi dan sebahagian besarnya menggunakan filem dan diproses sendiri.
Terlibat dalam beberapa pameran di galeri sekitar Kuala Lumpur dan pada September 2015, dijemput oleh Bangkok University untuk mengadakan pameran fotografi di Bangkok Arts and Culture Centre (BACC) mewakili Malaysia sempena Asian Economic Summit dengan membawa siri gambar Penjara Pudu.