Pada 25 September 2018, dijangka Fujifilm akan mengumumkan kamera medium format mereka yang terbaru. Selepas mengumumkan Fujifilm X-T3, beberapa hari selepas Nikon dan Canon mengumumkan kemasukan kamera mirrorless ke pasaran, Fujifilm dijangka akan mengemparkan dunia fotografi dengan kemunculan kamera medium format yang termurah dipasaran. Berapakah harganya?
Mengikut kata-kata dari Fuji Rumours dan Photoblog, ianya kedengaran akan dijual dipasaran antarabangsa disekitar antara USD3,600(RM14,400) sehingga USD4,500 (RM18,000). Sebagai perbandingan, Fujifilm GFX 50S kini bernilai antara USD5,850 (RM23,400) sehingga USD7,000 (RM28,000) sahaja.
Ianya dikatakan akan mempunyai reka bentuk seperti kamera “rangefinder“, ataupun seakan seperti Fujifilm X-E3 tetapi bersaiz lebih besar.
Ciri-ciri dan spesifikasi lain yang kemungkinan adalah termasuk skrin miring, slot kad SD dwi, tiada paparan pada plat atas, dan kayu bedik.
Sumber : Petapixel