Pertemuan sesi Teh Tarik yang pertama berlangsung pada 4/8/2018 berjalan dengan lancarnya. Kehadiran lebih kurang 20 orang rakan-rakan fotografi memeriahkan program ini. Acara yang dijalankan secara santai dan bersahaja penuh dengan gelak ketawa. Program dimulakan agak lewat sikit seperti dirancangkan, hanya bermula jam 10.30 malam selepas pihak pengajur merasakan jumlah kehadiran yang agak memuaskan. Kehadiran rakan-rakan fotografi yang kebanyakkan bertaraf professional memberi semangat bagi pihak jurugambar.com untuk bergerak jauh.

 

Program bermula dengan perkenalan diri oleh para hadirin mengenai diri mereka. Secara ringkasnya, ada hadirin yang berjaya mengekalkan diri dalam industri fotografi perkahwinan lebih dari 10 tahun seperti Rashdi Amin(Peveyhack Cinematography), Shazli Shots (Shazlishots Images), Ubai Ismail dan lain-lain, dan ada yang telah melangkah ke dunia fesyen, penerbitan, korporat, stokfoto, dan lain-lain seperti Hadi Noh (Lightrose Photography), Nazir Azhari, Subhi Karim (Big Berg Creative), Fizzy Ilham dan lain-lain. Ada yang mengimbangi 2 kerjaya seperti Hafiz Ismail dan Udey Ismail. Walaubagaimanapun, ramai yang telah meninggalkan dunia perniagaan fotografi secara keseluruhan seperti Fariz Hilmi (sekarang memiliki firma Arkitek sendiri) & Rusley.

Penerangan lebih kurang 10 minit, oleh pihak penganjur menerangkan mengenai objetktif dan tujuan jurugambar.com ditubuhkan. Pelbagai soalan ditimbulkan oleh para hadirin.

 

Program disambung pula oleh pihak Dekade, mempromosi barangan jenama Dekade yang direkabentuk oleh mereka sendiri. Barangan atau gear yang dibuat khusus untuk para jurugambar amat sesuai digunakan terutama oleh para fotokewatarwanan dan juga jurugambar perkahwinan. Informasi lanjutan mengenai barangan Dekade boleh dicapai di sini.

Menjadi kebiasan di dalam program sesi teh tarik yang selalu dianjurkan oleh para jurugambar adalah program bicara foto atau mudah di kenali sebagai “photo talk“. Tujuannya adalah untuk para jurugambar berkongsi hasil karya mereka sesama rakan-rakan jurugambar. Sesi soal jawab akan dibuka di akhir photo talk ini. Untuk sesi kali pertama ini, saudara Farhan Conlay, pemenang utama Canon’s Photo Marathon 2017 dan juga wakil Malaysia untuk Canon’s Photo Marathon peringkat Asia (dan juga menang sebagai juara!!) berkongsi hasil-hasil karya yang telah dimenangi beliau –

Terima kasih kepada saudara Udey Ismail, Jidin (Junkey Monkey) dan kumpulan Dekade (Supian Ahmad, Syai & Adli Gahzali) membantu melancarkan program kali ni.

Jutaan terima kasih kepada hadirin-hadirin, terutama yang datang dari jauh seperti Ubai Ismail (dari Kedah) dan juga Na Zha (terbang dari Sarawak) yang hadir ke program kali ni.