“Extremely Hot!”,“most hottest race on the track” itulah yang sering diluahkan oleh pelumba-pelumba motoGP dan juga penonton-penonton yang datang ke Litar Antarabangsa Sepang. Pada bulan November yang lepas telah berlangsungnya perlumbaan MotoGP di Sepang yang sememangnya “Sold Out” dengan kehadiran penonton tempatan dan juga dari luar.
Malaysia yang diwakili oleh pelumba MotoGP pertama negara Hafizh Syahrin bersama pasukan Monster Yamaha Tech3 telah membuat kejutan dengan aksi tunggangan yang meyakinkan apabila menamatkan perlumbaan di tempat ke-10 walaupun bermula pada petak ke-23. Namun agak malang buat pelumba Moto2 negara, Adam Norrodin apabila menamatkan di tempat terakhir selepas terjatuh ketika perlumbaan hanya berbaki dua pusingan walaupun sebelum itu Adam berjaya menempatkan diri pada kedudukan ke-7 terbaik.
Untuk MotoGP kali ini saya diberi kesempatan untuk menguji kamera berteknologi tinggi terbaru yang dikatakan berada di dalam kelasnya tersendiri iaitu kamera “full-frame” beresolusi 24.2 megapiksel, Sony A9. Dengan memiliki spek-spek teknikal yang tinggi ia telah berjaya mengubah perspektif pengguna dan penggemar kamera “mirrorless” sehingga mendapat gelaran “camera of the year” dari Japan Camera Journal Press Club (CJPC) untuk tahun 2018.
Sebagai seorang jurugambar yang telah berada di Litar Antarabangsa Sepang semenjak sebelumnya berlaku kemalangan yang mengakibatkan kematian Marco Simoncelli pada tahun 2011, menggunakan kamera yang berteknologi tinggi sangat membantu memudahkan tugasan di litar lumba. Dan Sony A9 yang didatangkan dengan teknologi “blackout free” sangat membantu di mana kita akan sentiasa dapat melihat subjek dengan jelas melalui viewfinder walaupun kamera dalam keadaan “continuous shooting” yang boleh merakam sehingga 20 gambar per saat. Ia sememangya sangat diperlukan terutamanya dalam merakam aksi yang berkelajuan tinggi ini.
Mempunyai dua slot untk SD Card yang boleh dirakam serentak dan dengan berat 670 gram sahaja ianya tersangatlah ringan jika dibandingkan dengan kamera-kamera DSLR yang lain. Belum dikira dengan kebolehan ISO yang boleh di expand dari 50 sehingga 204,800 ternyata Sony A9 yang berharga dalam lingkungan RM15,000 ini sememangya “gear” yang telah berjaya mengubah lanskap penggunaan kamera “mirrorless”.
Di sini dikongsikan beberapa hasil gambar ketika MotoGP yang lepas dengan menggunakan kamera Sony A9 dan lens Sony FE 24-70 f2.8 GM dan Sony FE 100-400 GM OSS untuk tatapan semua.
ADLI GHAZALI
Fotojournalis & Jurufoto Dokumentari
Adli Ghazali adalah seorang fotojurnalis dan jurufoto dokumentri yang berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia. Berpengalaman dalam industri aviation beliau melangkah secara serius di dalam bidang fotografi apabila dipilih menjadi salah seorang daripada jurufoto-jurufoto muda dari benua asia untuk mengikuti woksyop fotografi di Festival Foto Angkor pada tahun 2011 dan juga dianugerahkan kedua terbaik untuk photo-story yang dihasilkannya.
Bertugas untuk agensi foto tempatan dan antarabangsa, tugasan beliau merangkumi pelbagai subjek dan genre dari berita, aksi sukan, dokumentari dan juga fotografi komersil.
Hasil kerja beliau telah diterbit dan digunakan oleh The Guardian UK, CNBC, Corbis Images, Anadolu Agency, The Telegraph, Selected Images, Formula1Pulse, Asia Times, Australian Broadcasting Corporation, Astufoto, Majalah Harimau Selatan, The B-Side Magazine, Barcroft Media, Photojournale, Amnesty International (Malaysia), TokyoFashion antaranya.