PERJALANAN PROGRAM
Kami menaiki sebuah van seramai 11 orang dan 1 kereta seramai 3 orang.
Ada yang bertolak asing dari KL.
Jumaat
Kami berkumpul di Central Market pada jam 12 tengah malam dan bertolak pada jam 1am. Kesesakan lalu lintas teruk di Terowong Menora, Jelapang dan Ipoh selama 1 jam 50 minit.
Sabtu
Kami tiba di Jambatan kedua Penang;jambatan sultan abdul halim muadzam shah pada jam 8am. kemudian menghala ke Hutton Lane utk berkumpul bersama dengan kumpulan FJPenang dan Venture Street dari Jakarta serta Kru Tali Hijau dari Kedah. Bersarapan di Roti Bakar Telor Goyang sambil bersalaman dan berkenalan serta mengedarkan t-shirt Outing Penang 2018. Kemudian sekitar 9am semua bersiap sedia untuk Grand outing dan para admin memberi briefing kepada para ahli yang berkumpul. Seterusnya outing sekitar Chowrasta, pasar dan sekitarnya sehingga tamat dan berkumpul di kedai makan Nasi Kandar pokok ketapang Untuk makan tengahari. Makan dan bersurai. Check in pada jam 3pm. Berehat dan bersihkan diri. Kemudian bertolak ke Bayan Baru pada jam 5pm utk makan ayam goreng viral RM1. Pada jam 7 kami bergerak ke Padang Kota lama utk shoot street. Kemudian bergerak ke Kapitan Little India utk makan malam. Selesai makan malam, aktiviti bebas. Ada yg keluar street malam utk shoot night scene.
Ahad
Hari bermula pada jam 8am. Check out jam 8am dan bertolak ke Nasi Dalca Kasim Mustapha utk sarapan dan outing sekitar Armanien street, lebuh chulia, little india, chew jetty dan sekitar kawasan mural dinding. Outing bersama Venture Street Jakarta dan FJPG. Pada jam 12 berkumpul semula di nasi dalca kasim mustapha untuk makan tengahari dan say goodbye to FJPG dan Venture Street. Bertolak pulang pada jam 3pm dan menghala ke Kuala Sepetang untuk melawat kilang arang. Tiba di kilang arang jam 4.30pm. Hujan sepanjang jalan. Singgah makan di kedai Mee Udang Mak Jah. Bertolak pulang ke KL jam 8. Hujan renyai sepanjang jalan. Tiba di KL jam 12 tengah malam.
BERAPA RAMAI
Seramai hampir 50 orang yang menyertai Grand Outing ini. KL, Penang, Jakarta dan Kedah.
TETAMU ISTIMEWA
Kami sangat berbangga dengan penyertaan dari Jakarta ; Widya Sartika Amrin dan rakan2… dari Itali ; Stefano Romano seorang pensyarah fotografi di USM. Sahabat2 Kru Tali Hijau dari Kedah.
KAT MANA SHOOT
Outing sekitar Armenian street, lebuh chulia,little india, chew jetty, mural lane. Actually bersepah jugak la dorang pergi… huhu
AKTIVITI YG BEST
Selain dari shoot and learn, bertukar pendapat dan idea… the best part of the outing is to be able to gather in one place like this, ramai2 berkenalan dengan org yg kte xpernah jumpa. Ramai bdk2 baru yg join, mereka dapat timba dan kongsi ilmu dari photographer yg lebih berpengalaman dalam street. Persahabatan dan silaturrahim yang kita gain from this kind of activities is precious.
HARAPAN
Harapan kami ialah agar kita dapat memperkembangkan street di malaysia supaya ada pelapis dan ramai yang lebih memahami street. Tour sebegini bukan sahaja di Penang malah akan dijalankan di bandar2 lain juga supaya kita
boleh tunjuk kehidupan di bandar2 ni dari persepsi street fotografi. One day, who knows gambar2 tour ni mungkin boleh dibukukan atau utk pameran fotografi jalanan bandar2 di Malaysia.
Laporan oleh Nazeehah Zaini
Kepada yang ingin membeli T-shirt FJM Penang Outing 2018 boleh menghubungi :
Nama: Mohamad Khairizam bin Desa
Nama FB: Khairizam Azam
No.akaun: Azambilas Enterprise
Acc no & bank : 3620 1010 659 (Hong Leong Bank)
Harga T-shirt untuk lengan pendek adalah RM25 manakala lengan panjang RM30
Nazeehah Zaini
Fotografer & Ahli Perniagaan
Anak jati Subang Jaya, meminati fotografi sejak tahun 2012. Bermula sebagai part time model catwalk FJM telah membuka jiwa untuk mempelajari fotografi terutama dalam genre street/jalanan.
Genre jalanan menjadi pilihan kerana ianya menimbulkan sifat-sifat ingin tahu di dalam diri mengenai perkara-perkara yang berlaku di persekitaran manusia. Ianya memberikan kepuasan hati yang amat terhingga bila dapat membidik & merakam peristiwa-peristiwa yang berlaku di depan mata. Memiliki Diploma in Early Childhood Education dari University Malaya mungkin mendidik diri untuk mengexplorasi dan menyayangi kehidupan manusia.
Menjadi ahli aktif FJM sejak 2012 seterusnya dilantik menjadi salah seorang Admin FJM sejak 2014.