“Budak Bakul” adalah panggilan nama kepada kanak-kanak penjual plastik. Mereka menjual kepada pengunjung di Pasar Sinsuran atau orang tempatan memanggilnya sebagai Pasar Filipina.
“Budak Bakul” ini tiada kewarganegaraan, tiada sijil kelahiran. Sebab itu mereka tidak bersekolah. Mereka ini orang Palau. Tiada negara yang ingin menerima mereka. Mereka ini disisihkan.
Mereka ini mempunyai ibubapa. Ada ibu bapa mereka yang bekerja sebagai nelayan pesisiran tetapi ada juga sudah ditangkap kerajaan. Kemiskinan keluarga, asbab Budak Bakul ini bekerja seawal umur 5 tahun. Mencari rezeki dari jam 12 tengah hari sehingga 12 tengah malam. Hanya mampu mengumpul wang sekitar RM20 sehari. Tetapi tidak semua yang bekerja, ada juga yang mengemis.
Bagi mereka, tiada siapa yang dapat membantu keluarga mereka selain diri mereka sendiri. Tanggungjawab sudah menjadi bebanan mereka dari kecil. Mereka juga ada cita-cita, ingin bersekolah seperti kanak-kanak lain. Mereka inginkan ilmu. Mereka juga ingnkan kepandaian membaca dan menulis. Mereka juga mahu hidup senang.
Projek Foto Dokumentari – Kelas Taufan Wijaya.
Oleh
Ahmad Safir A.Gani
8hb Disember 2019
“Budak Bakul” or “Basket Boy” is a nickname given to bunch of children, they selling plastic bags to market’s visitors. They sell at Sinsuran Market or locals call it as Philippine Market.
This “Budak Bakul” has neither citizenship, nor birth certificate. Those, don’t allow them to enter government’s schools . They are Palauans or Palau people. No country wants to accept them as citizen, due to legacy issue.
The children have parents. Most of their parents work as coastal fishermen, however some of their parents have been arrested by the authority. Family poverty is the reason why Budak Bakul has to works as early age of 5 years old. Their working hour is from 12 noon to 12 midnight. Every day. Around RM20 a day, they managed to get. But not all of them selling plastic bag, some of them even begging.
For them, no one can help their families other than themselves. The children feel it’s their responsibilities. The children have ambitions too. They want to go to school like other children. They want to learn. They want to read and write.
The children want to have a happy life.
Documentary Photo Project – Taufan Wijaya Class.
By
Ahmad Safir A.Gani
8th December 2019
Ahmad Safir
Pemilik Jurugambar.com
Ahmad Safir adalah dasarnya adalah seorang akauntan yang berpengalaman luas dalam pelbagai industri seperti Minyak & Gas, Information Technology, Kejuruteraan Marin, Pertahanan, Perbankan dan banyak lagi lebih dari 18 tahun.
Beliau meminati fotografi sejak kecil lagi bila beliau teruja melihat gambar-gambar majalah-majalah National Geographic yang dilanggan oleh arwah bapanya. Kamera pertama beliau adalah kamera filem Yashica Elektro 35 GSN yang beliau masih simpan sehingga kini.
Minat beliau dalam fotografi sangat tinggi dan keinginan beliau ingin melihat industri fotografi maju dan dihormati, menyebabkan beliau menubuhkan media Jurugambar.com.