Pada awal Julai 2019 yang lalu, saudara Syai telah berpeluang menyertai The Jakarta International Photo Festival (JIPFest) (https://jipfest.com/) adalah festival fotografi antarabangsa Indonesia yang pertama kali diadakan. Festival fotografi tersebut telah berlangsung dari 25 Jun sehingga 9 Julai 2019.

Julungkali festival ini dianjurkan oleh Pannafoto Institute (http://pannafoto.org/), satu pertubuhan NGO Jurugambar Indonesia yang berprestij berpengkalan di Jakarta. Festival ini juga telah disokong oleh World Press Photo dan juga Magnum Foundation dan ianya telah dilangsungkan di Taman Ismail Marzuki serta di sekitar kota Jakarta.

Sebanyak 13 jenis program telah berlangsung sepanjang festival ini:
1)     Pameran Fotografi
2)     Program Fringe
3)     Bengkel/worksyop Fotografi
4)     Jelajah Foto Urban
5)     Majlis Makan Malam VIP
6)     Persembahan
7)     Bazar Niaga
8)     Perbincangan Panel
9)     Bicara Jurugambar
10)  Syarahan Awam
11)  Penilaian Portfolio
12)  Tanyangan Hasil Gambar
13)  Anugerah Fotografi

Di JIPFest ini, festival ini telah melibatkan penyertaan lebih 50 peserta yang tediri daripada jurugambar, editor foto, kurator, pengkritik, karyawan, pelajar fotografi, kelab, komuniti, pemilik galeri, serta peminat fotografi. Anggaran lebih daripada 15,000 pengunjung dari dalam dan luar negara termasuk dari Malaysia.

Untuk kali ini, JIPFest telah membawa dua misi, iaitu
1)         Pendidikan
i)          Bertujuan untuk mempertingkatkan kemahiran jurugambar
ii)         Untuk memudahkan perhubungan antara jurugambar supaya mudah untuk bertukar pandangan
iii)        Untuk mencipta networking antara jurugambar dan curator terutamanya di Indonesia
iv)        Dan untuk meningkatkan kesedaran orang awam terhadap peranan penting jurugambar dalam kehidupan masyarakat.
2)        Kebajikan
i)          Bertujuan meningkatkan penghargaan masyarakat awam terhadap jurugambar dan karya mereka
ii)         Untuk meningkatkan prestij gambar sebagai karya seni yang patut disanjung
iii)        Dan sebagai platform untuk jurugambar untuk mempromosikan karya mereka kepada khalayak ramai.

Lihat gambar-gambar yang diambil oleh Syai sepanjang berada di pameran tersebut.

Syaiful Redzuan Md Noor

Syaiful Redzuan Md Noor

Jurugambar Profesional

Berasal dari Kuala Lumpur dan cenderung dengan genre “portraits” dan “documentary”. Seorang “self taught photographer”. Dengan pengetahuan dan kebolehan yang ada, dia boleh bekerja dan menghasilkan gambar dengan menggunakan apa juga alatan kamera dan menggelarkan dirinya sebagai “minimalist photographer”.