Bila sebut sahaja nama Mr Eric Peris, ramai orang lama dalam industri fotografi yang mengenali beliau. Sudah berumur 88 tahun, beliau dianggap sebagai “Godfather” kepada ramai fotografer dan beliau masih lagi aktif mengambil gambar. Beliau pernah berkhidmat sebagai photojournalist selama 24 tahun dan pencen dalam tahun 1994. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Photo Editor (itu pun apabila dipaksa oleh bossnya). Sejak tahun 1995, Eric juga pernah dilantik menjadi panel pemilih di Joop Swart Masterclass oleh World Press Photo. Dan hanya bermula dari tahun 1982, beliau mengadakan pameran pertamanya di Rupa Galery milik sahabatnya, dan sehingga kini telah lebih daripada 38 pameran fotografi telah diadakan. 

Bila disebut nama Eric Peris dikalangan photojournalist, terlalu ramai yang mengenali beliau. Ada yang menganggap beliau sebagai mentor dan idola mereka. Dan ada yang berbangga pernah menjadi anak murid beliau. Walaupun beliau dianggap sebagai seorang fotografer legenda yang masih hidup, tetapi beliau terkenal dengan sifat merendah dirinya.

Pada 29 Julai 2019, saya dan beberapa rakan fotografi telah mengunjungi pameran fotografi yang diadakan di Sutra Gallery milik Datuk Ramli Ibrahim, berdekatan di Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur. Pameran yang diberi nama “Pastel Shades”, ini mengumpulkan 14 gambar adalah gambar-gambar yang diambil menggunakan filem hitam putih serta dilapisi menggunakan soft pastels. Kebanyakkan gambar-gambar ini diambil sebelum kedatangan kamera digital, dan gambar yang diambil akhir tahun 70an dan awal 80an. Jika melihat gambar-gambar ini, ianya mengimbau kita kembali menghayati suasana dizaman berkenaan kerana ianya berlatarkan suasana perkampungan yang saya rasakan ianya sudah tiada lagi. Mendengar ucapan dari Mr Eric, beliau secara lembut menegaskan kita perlu ada “art of seeing” (seni melihat) supaya apa yang kita inginkan dapat disampaikan. Untuk pengetahun, kesemua gambar-gambar ini untuk dijual dan tidak akan dicetak lagi dan pada pameran tersebut, dari 14 gambar yang dipamerkan, hanya 2 sahaja belum dijual.

Terima kasih kami ucapankan kepada kak Soraya Yusof Talismail dan abang Arif Awaluddin yang menjemput kami menghadiri pameran ini dan membuka ruang kepada kami bertemu ramai lagi fotografer-fotografer hebat dan berbual mengenai dunia fotografi.

AHMAD SAFIR

AHMAD SAFIR

Tuan Tanah Jurugambar.com

AHMAD SAFIR adalah dasarnya adalah seorang Akauntan yang berpengalaman luas dalam pelbagai industri seperti Minyak & Gas, Information Technology, Kejuruteraan Marin, Pertahanan, Perbankan dan banyak lagi lebih dari 18 tahun.

Beliau meminati fotografi sejak kecil lagi bila beliau melihat gambar-gambar dalam majalah-majalah National Geographic yang dilanggan oleh arwah bapanya. Kamera pertama beliau adalah kamera filem Yashica Elektro 35 GSN yang beliau masih simpan sehingga kini.

Minat beliau dalam fotografi sangat tinggi dan keinginan beliau ingin melihat industri fotografi maju, dihormati dan bersatu, menyebabkan beliau menubuhkan media Jurugambar.com.