Sony Malaysia menganjurkan program ‘Street Photography with RX Camera‘ bertempat di Dataran Merdeka, pada Sabtu (19 Oktober).

Tujuan utama program adalah untuk memberi peluang kepada peserta yang terdiri daripada barisan jurugambar profesional merasai sendiri pengalaman menggunakan beberapa siri kamera RX dalam genre Street Photography.

Wakil Sony Malaysia, Shaiful Baker membuka tirai acara dengan taklimat ringkas mengenai Siri RX diikuti oleh Ketua Program, Azman Karib yang berkongsi tips dan nasihat kaedah merakam gambar ‘Street Photography’.

Penulis tidak melepaskan peluang dan berjaya merasai pengalaman menggunakan RX100 Mark VI.

Perkara utama yang membuatkan penulis terkesan sekali adalah body camera yang amat solid dan padat binaannyaStart up juga amat pantas, hanya mengambil masa kurang dari satu saat. Apa yang penting, ia sangat mesra pengguna. Mod manual sangat baik. Kawalan aperture dan shutter speed menggunakan dial di badan kamera dan ring di lensa.

Pop EVF juga sangat membantu, kedudukannya yang berada di hujung bahagian kiri memberi rasa seolah-olah penulis menggunakan sebuah RangefinderBersaiz kecil, serta lensa teleskopik yang rata bila ditutup menjadikan RX100 Mark VI mudah di bawa ke mana sahaja tanpa sebarang bonjolan. Jika anda tidak suka membawa bag kamera, RX100 Mark VI boleh disumbat di dalam poket seluar, tetapi hati-hati… Kalau cicir atau jatuh, menangis tak berlagu.

Harganya tak murah ya, sekitar RM4,899.

Penulis dan rakan-rakan tak lepaskan peluang merakam gambar dan anda boleh lihat beberapa keping hasil bidikan penulis menggunakan RX100 Mark VI.

Enjoy!

Supian Ahmad

Supian Ahmad

Photojournalist NSTP

Beliau adalah wartawan foto (photojournalist) untuk NSTP.

Selain bergiat dalam fotokewartawanan, beliau juga meminati genre foto jalanan (street photography). Beliau adalah pemilik dan kurator untuk laman streetmalaya.blogspot.my satu laman web memaparkan hasil karya-karya hebat foto jalanan oleh karyawan tempatan.

Beliau juga adalah co-founder Dekadegear (www.facebook.com/DekadeGear/), produk aksesori fotografi untuk photojournalist.