Sempena pelancaran program Bengkel Mini Fotografi “Thaipusam – Warna & Emosi”, pihak Jurugambar.com telah menjemput beberapa fotografer ternama untuk menjayakan program yang pertama kali yang diadakan untuk tahun 2019. Jurugambar.com telah pun menyusun aktiviti-aktiviti bersama mereka sepanjang bulan Januari ini. Dibawah ini kami sertakan biodata-biodata mereka.

Bazuki Muhammad

PENCERAMAH JEMPUTAN
Bazuki Muhammad, sebuah nama yang tidak asing lagi dalam dunia kewartawanan foto dengan beberapa pencapaian dalam kariernya di persada antarabangsa.

Pernah bertugas bersama agensi berita antarabangsa, Reuters, Bazuki juga berpengalaman terlibat dalam beberapa buah syarikat penerbitan di Amerika Syarikat dan Malaysia selama 25 tahun.

Bazuki adalah seorang arkitek berkelulusan dari Louisiana State University, Amerika Syarikat.

Bazuki menghabiskan masa 10 tahun di Louisiana dan Tennessee, Amerika Syarikat, bereksperimen dengan konsep fotogtafi “Thinking Eyes” rekaannya sebelum meneruskan kerjaya bersama Reuters yang berpangkalan di London selama 17 tahun di Kuala Lumpur, Malaysia.

Pelbagai momen manis telah dikecapi antaranya Anugerah Fotografi Sukan Asia Terbaik dua tahun berturut-turut pada tahun 2002 dan 2003.

Beliau juga berpengalaman membuat liputan sukan bertaraf dunia, Sukan Olimpik di London serta taufan siklon Nargis di Myanmar.

Selain itu, antara liputan berita lain termasuk bekas Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush di Jepun, perang di Afghanistan, tsunami di Thailand, ibadah haji di Mekah dan pergolakan politik Thailand.

Bazuki juga merupakan penasihat fotografi kepada New Straits Times Press Malaysia dan kini merupakan pengasas dan pengurus NSTP Thinking Eyes yang baharu.

http://bazuki.com/

Shamshahrin Shamsudin

PANEL PENILAI
Menamatkan pengajian Diploma dalam Fotografi pada tahun 1994 dengan major dalam Fotojournalism dan minor dalam Fine Arts di Institut Teknologi MARA. Memulakan latihan industri bersama The New Straits Times pada tahun 1993 sebelum kembali The STAR sebagai jurugambar tetap sehingga tahun 1999.

Beliau selepas it menyertai agensi berita antarabangsa, Agence France-Presse (AFP) yang berpengkalan di Perancis sebagai jurugambar kedua di biro Kuala Lumpur pada tahun 1999.

Berada di agensi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, karya-karyanya telah diterbitkan di akhbar tempatan juga antarabangsa, dan sebahagian besarnya juga di majalah terkenal seperti LIFE, IHT, TIMES, Asiaweek, Far Eastern Economic Review, The Star-Ledger (NY) serta banyak lagi.

Shamsharin memutuskan untuk beralih dari jurugambar berita kepada jurugambar kembara apabila beliau ditawarkan untuk mengetuai pasukan fotografi sebuah syarikat berasaskan web untuk tugasan di seluruh negara pada tahun 2000. Beliau berkhidmat sebagai Jurugambar Kanan dengan syarikat itu sehingga Oktober 2002.

Selain jadualnya yang ketat, beliau masih mencari masa untuk menjadi hakim untuk pertandingan fotografi, berkongsi pengetahuan dan pengalamannya dengan memberi ceramah, mengadakan bengkel dan mengajar fotojurnalism Universiti Teknologi Malaysia (UTM – SPACE), Universiti Islam Antarabangsa (UIAM ), Universiti Terbuka (OUM) dan Yayasan Kolej Universiti Sabah (UCSF).

Salah seorang ahli Lembaga Penilai untuk Modul fotografi untuk Kementerian Sumber Manusia (HR) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) di bawah Kementerian Pendidikan. Ahli panel untuk Akreditasi Fotografi untuk Guild Industry Content Creative Malaysia (CCIG)
Berkhidmat sebagai jurugambar untuk European Pressphoto Agency (EPA) di Kuala Lumpur dari 2004 hingga 2014 dan kini dengan METADATA sebagai Jurulatih Utama.

PAMERAN

  1. Pameran Fotografi sebagai Seni 1994, Kuala Lumpur.
  2. Pameran Fotografi dan Filem Asia `Mata Persimpangan ‘2005, Gwangju, Korea.
  3. Pameran Foto ‘Tutup Encounter’ 2010, Muzium Kesenian Jeju, Korea.
  4. Pameran Fotografer MPPA News.

https://shamshahrin.com/

SYAIFUL REDZUAN MD NOOR
(SRimages)

MENTOR PROGRAM

Documentary Photo / Reportage / Documentary Portraits

Berasal dari Kuala Lumpur dan cenderung dengan genre “portraits” dan “documentary“. Seorang “self-thought photographer“. Dengan pengetahuan dan kebolehan yang ada, beliau boleh bekerja dan menghasilkan gambar dengan menggunakan apa juga alatan kamera dan menggelarkan dirinya sebagai “minimalist photographer“.

Pengalaman selama hampir 15 tahun dalam bidang ini telah membawa beliau ke merata tempat seperti Cambodia, India, Himalaya, Indonesia, Singapura, Turki dan banyak lagi. Antara tugasan yang mencabar bagi nya adalah ketika mendokumentasikan misi bantuan kemanusiaan di beberapa pusat khemah pelarian Syria di Daerah Adana, Turki, perjalanan bermotosikal di Himalaya dan mendokumentasikan “the life after death ritual” atau lebih dikenali dengan nama “Ritual Ma’nene” di Tana Toraja, Sulawesi, Indonesia.

Setiap tugasan akan memberikan kita sudut pandang yang berbeza dan cara kita mendokumentasikan sesuatu perkara itu haruslah mengikut ritma dan alur nya” – SYAI

Sekarang, beliau masih dalam tempoh bereksperimentasi dengan genre “multiple exposure” dan sudahpun berjalan selama hampir 2 tahun yang dinamakan “Devided

www.syaifulredzuan.com

Supian Ahmad

MENTOR PROGRAM
Supian Ahmad ialah seorang fotojurnalis di sebuah agensi terbesar tanahair, The New Straits Times Press (M) Berhad sejak 10 tahun lepas.

Pernah bertugas di biro negeri Perak selama lima tahun di sana sebelum kembali berkhidmat di ibu pejabat.

Berlatarbelakangkan pendidikan dalam bidang Diploma Komunikasi Visual dan Grafik, Supian sememangnya perlu kreatif dalam tugasannya, ini telah menjadi satu kelebihan yang sentiasa digunakan oleh beliau dalam tugasan.

Antara tugasan yang pernah diliputi ialah Krisis Agama Islam-Buddha di Rakhine/Sitwee, Bangladesh-Myanmar, Tsunami Mentawai Kepulauan Indonesia, Permodenan Lubnan, Kemangkatan Sultan Perak, Pemasyuran Sultan Perak, Formula 1 Dan MotoGP Sepang, Sukan SEA dan banyak lagi konflik dalam negeri.

Seorang peminat dokumentari juga sejarah. Beliau kini giat bereksperimen secara solo untuk mendokumentasikan pembangunan dan kehidupan Malaysia dalam genre Fotografi Jalanan di blog peribadinya StreetMalaya dan Instagram, StreetMalaya17