Taufan Wijaya, adalah seorang fotojurnalis bebas dan pensyarah fotografi dari Universitas Multimedia Nusantara, Jakarta Indonesia. Beliau juga adalah Editor Tamu di Pesona Travel Indonesia Beliau juga telah mengarang beberapa buah buku rujukan fotografi dan foto dokumentari. Salah satunya bertajuk “Photo Story Handbook-Panduan Membuat Foto Cerita” telah terjual sebanyak 3,000 buah.
Pada Sabtu 7/3/2020, pihak kami telah berpeluang mengadakan sesi Teh Tarik bersama beliau dan isterinya. Kedatangan beliau ke Malaysia adalah urusan peribadi. Seperti mini reunion, bila bekas pelajar-pelajar beliau semasa di Kinabalu Photo Festival pada tahun lepas hadir ke sesi ini.
Pelbagai perkara dibincangkan dan perancangan program-program fotografi yang ingin dijalankan. Perjumpaan yang diadakan di Amcorp Mall, bersambung pula di Rumah Seni Selangor (Russel) dan ditamatkan di restoran mamak PJ Section 14. Sebagai tetamu kehormat, fotografer pemerintah membawa mereka bersiar ke Putrajaya.
Pihak kami ingin mengucapkan terima kasih kepada mas Taufan serta isterinya Cecelia kerana sudi meluangkan masa bersama kami. Dan juga kami ingin ucapkan terima kasih juga kepada fotografer-fotografer dari Kementerian Komunikasi, Majalah Perajurit, Rumah Seni Selangor, SOPA Images Hong Kong dan ANTARA Indonesia kerana meraikan tetamu istimewa kita ini.
Sila tonton VLOG Teh Tarik bersama Taufan yang disediakan oleh saudara Fandy Azlan (fandyazlan.wordpress.com)
My first VLOG guys! Teh Tarik Session bersama Taufan Wijaya & Lawatan Rumah Seni Selangor.
Posted by Fandy Azlan on Sunday, March 8, 2020
AHMAD SAFIR
Tuan Tanah Jurugambar.com
AHMAD SAFIR adalah dasarnya adalah seorang Akauntan yang berpengalaman luas dalam pelbagai industri seperti Minyak & Gas, Information Technology, Kejuruteraan Marin, Pertahanan, Perbankan dan banyak lagi lebih dari 18 tahun.
Beliau meminati fotografi sejak kecil lagi bila beliau melihat gambar-gambar dalam majalah-majalah National Geographic yang dilanggan oleh arwah bapanya. Kamera pertama beliau adalah kamera filem Yashica Elektro 35 GSN yang beliau masih simpan sehingga kini.
Minat beliau dalam fotografi sangat tinggi dan keinginan beliau ingin melihat industri fotografi maju, dihormati dan bersatu, menyebabkan beliau menubuhkan media Jurugambar.com.