Sempena Hari Kemerdekaan yg ke 62, para admin group whatsup “Sembang Fotografi Shah Alam” telah mengadakan aktiviti berkongsi gambar sempena menyambut hari kebangsaan.

Sembang Fotografi Shah Alam” adalah sebuah whatsup group yang ditubuhkan oleh 2 sahabat fotografer muda iaitu saudara Lah Sadzik dan saudara Hariz pada bulan Jun 2019.

Saudara Lah Sadzik adalah seorang fotografer yang banyak melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti organisasi NGO. Salah satu program beliau terlibat adalah mengikuti sebuah NGO ke Yaman selama sebulan dan bertugas sebagai fotografer rasmi mereka.

Manakala saudara Hariz pula adalah seorang fotografer dan juga pereka grafik yang bertugas di Institut Darul Ehsan. Beliau pula banyak terlibat dengan aktiviti-aktiviti seni anjuran Insitut Darul Ehsan.

Tujuan group ini ditubuhkan adalah untuk berkenalan bersama fotografer sekitar Shah Alam dan juga sebagai platform untuk mempelajari fotografi kepada yang berminat.

Walaupun, group ini masih baru, beberapa aktiviti sedang dirancang. Kepada yang berminat, boleh menyertai group whatsup ini melalui link dibawah ini. https://chat.whatsapp.com/L1yXaXsJUqrDsJpPwaqUD0

Pada 21hb September 2019, “Sembang Fotografi Shah Alam” akan mengadakan kelas Asas Fotografi kepada yang berminat dan maklumat lengkap boleh diperolehi disini