The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) sedang mengadakan pameran fotografi bertajuk “History From Behind The Lens”. Pameran ini sedang berlangsung dari 27 Disember 2019 sehingga 17 Januari 2020 bertempat di Galeri Prima, Balai Berita, Bangsar. Pameran ini dianjurkan sempena perasmian pembukaan arkib digital baru milik NSTP, KLIK (https://www.klik.com.my).

Sempena pameran tersebut, Jurugambar.com bersama pembaca media Jurugambar.com dan ahli komuniti fotografi “Sembang Fotografi Shah Alam” (SFSA) seramai 15 orang telah mengunjungi galeri tersebut pada hari Sabtu 11 Januari 2020 baru ini. Lawatan ini telah diuruskan oleh ahli komuniti SFSA dan juga penyumbang artikel Jurugambar.com, En Shahrul M Zain adalah juga seorang fotojurnalis dan editor NSTP.

Lawatan yang berlangsung dari jam 10.00 pagi sehingga 2.00 petang ini berjalan dengan meriah, di isi dengan perbincangan dan juga pertukaran pendapat antara ahli lawatan dan juga pihak galeri yang diwakili oleh En Isam Rasip. Pelbagai isu dan pandangan dibawa secara tidak langsung semasa lawatan ini.

AHMAD SAFIR

AHMAD SAFIR

Tuan Tanah Jurugambar.com

AHMAD SAFIR adalah dasarnya adalah seorang Akauntan yang berpengalaman luas dalam pelbagai industri seperti Minyak & Gas, Information Technology, Kejuruteraan Marin, Pertahanan, Perbankan dan banyak lagi lebih dari 18 tahun.

Beliau meminati fotografi sejak kecil lagi bila beliau melihat gambar-gambar dalam majalah-majalah National Geographic yang dilanggan oleh arwah bapanya. Kamera pertama beliau adalah kamera filem Yashica Elektro 35 GSN yang beliau masih simpan sehingga kini.

Minat beliau dalam fotografi sangat tinggi dan keinginan beliau ingin melihat industri fotografi maju, dihormati dan bersatu, menyebabkan beliau menubuhkan media Jurugambar.com.