GoPro ialah antara kamera  yang menjadi pilihan ramai untuk merakam pelbagai aktiviti lasak dan juga aktivti santai seperti aktiviti bersama keluarga dan melancong. GoPro menjadi pilihan berbanding “action camera” lain kerana kualiti gambar dan video yang dihasilkan dan juga kerana jenama yang telah lama establish . Ramai yang ingin memiliki GoPro akan berusaha membeli yang baru di kedai kamera dan ada juga yang mencuba nasib dengan membeli GoPro second hand untuk penjimatan kos. Harga pasaran GoPro secondhand bergantung kepada model dan berapa lama sudah digunakan dan keadaan luaran dalaman. Kesempatan ini saya akan kongsikan beberapa tips untuk membeli GoPro secondhand.

  • Beli GoPro yang berfungsi dengan baik

Sudah pasti apabila memberi GoPro secondhand, anda hendak kamera yang berfungsi dengan baik. Sila pastikan anda deal dengan seller yang jujur dan confirmkan ianya boleh berfungsi dengan baik. Jika ada sedikit kerosakan, seller tersebut telah memberitahu semasa sedang berurusan. Perkara ini penting kerana terdapat banyak kes pembeli yang tertipu kerana semasa deal Nampak semuanya elok. Tetapi setelah membeli baru perasan ada sedikit kerosakan dan paling teruk ialah GoPro tersebut langsung tak boleh digunakan. Pembeli boleh meminta seller tersebut menghantar video menunjukkan semua setting berfungsi sebelum membuat keputusan untuk berjumpa ataupun close deal dengan seller.

  • Sebaiknya COD dan elakkan menggunakan POS

COD juga penting untuk mengelakkan kes penipuan scammer. Ada beberapa kes scammer yang mengambil kesempatan dengan mengiklankan goPro dengan harga yang murah di Facebook, Instagram, mudah.com dan lain-lain tempat dengan bertujuan untuk scam buyer. Jika tidak dapat hendak COD dengan seller, boleh cuba minta bantuan kawan-kawan berdekatan untuk tolong belikan dan cek sebelum membuat bayaran. Pembelian melalui pos boleh dibuat jika seller tersebut benar-benar boeh dipercayai dan sebaiknya menggunakan pos berinsurans.

  • Test sepuas hati sebelum membayar

Cara terbaik apabila nak close deal ialah berjumpa dengan seller dan test goPro sepuas hati sebelum membuat keputusan. Antara function kritikal yang peril di cuba ialah sound system, wifi, video, photo dll kegunaan. Kena test juga ialah ketahan GoPro boleh bertahan lama bila ON. Sebab ada banyak kes apabila membeli GoPro second ada kes buyer yang terkena GoPro hanya bertahan beberapa minit kemudian menjadi hang dan tidak berfungsi. Kes sebegini biasanya berlaku apabila sebelum ini GoPro tersebut pernah leaking masuk air, terjatuh dan juga penggunaan memori kad yang tidak sesuai atau menggunakan memori kad FAKE.

  • Pastikan elok dalaman dan bonus jika luaran pun elok

Macamana cara nak pastikan elok dalaman? Caranya ialah dengan test GoPro semampu mungkin. Test semua function yang ada terutamanya function video dan gambar. Jika semua function OK dan berfungsi dengan baik, maka boleh bincang harga dan buat bayaran. Kadangkala barang second ni mungkin tak elok luaran, ada kesan calar, kesan kotoran dan sebagainya. So, terpulang kepada diri sendiri, sebab yang paling penting ialah membeli barang yang boleh berfungsi dengan baik dan takder gunanya membeli barang yang elok berkilat macam baru tapi tak berfungsi dengan baik.

  • Cek apa aktivti kebiasaan owner sebelum membeli

Aktiviti kebiasaan owner juga penting untuk diambil kira sebelum membuat pembelian. Aktiviti yang berisiko tinggi seperti aktiviti diving, rock climbing, water rafting, down hill dan lain-lain boleh juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada keadaan GoPro tersebut. Sebagai contoh aktiviti diving ataupun apa saja yang berkaitan dengan dalam air, adakah owner sebelum ini menggunakan waterproof casing? Adakah kesan leaking masuk air sekitar kawasan bateri? Kawasan port cable charging?ada kesan lens blur? Lens crack? Button mode longgar? Button wifi loose? So…hati-hati sebelum membeli dan sebaiknya juga seller jujur semasa menjual dan buyer akan senang hati membuat bayaran jika ada sedikit kerosakan seller dan bagitahu awal sebelum close deal.

  • Cek memori kad yang digunakan

Penggunaan memori kad yang ORIGINAL dan Speed yang bersesuaian amat kritikal kepada GoPro. Pengalaman saya repair GoPro telah menjumpai lebih 100 unit GoPro yang rosak kerana menggunakan memori kad yang slow processing dan juga kad FAKE. Oleh yang demikian sebaiknya cek dulu dengan seller apa jenis memori kad yang digunakan sebelum ini. Antara kad yang tak sesuai digunakan ialah kad FAKE, Kingston, transcend, pny, sandisk ultra, dan pelbagai lagi kad yang slow. Antara kad yang direkomen oleh GoPro ialah kad Lexar, sandisk Extreme Pro & Samsung Pro. Pastikan anda menggunakan kad yang ORIGINAL dan mempunyai speed processing yang sesuai.

  • Minta personal warranty jika boleh

Apabila dan bersetuju membeli dan hendak membuat bayaran, cuba minta personal warranty dengan seller. Biasanya seller yang baik hati dan jujur akan bagi personal warranty seminggu. Iaitu tempoh masa yangs sesuai untuk owner baru mencuba guna explore GoPro second . Biasanya seller akan berat hati untuk bagi personal warranty seminggu jika beliau sudah tahu ada sedikit kerosakan pada GoPro tersebut. Beliau biasanya akan menggunakan pelbagai alasan semasa berurusan. Sila berhati-hati dengan seller yang memberi pelbagai alasan dan banyak cuba mengelak ketika berurusan. Safety first sebelum kerugian duit.

 

Artikel oleh: Jidin

 

Khairudin Mohd Thani (Jidin)

Khairudin Mohd Thani (Jidin)

Jurugambar Profesional & Ahli Psikologi

Profesion sebenar En. Khairudin Mohd Thani adalah sebagai ahli psikologi. Aktif dalam gerakan FotoTerapi. Mulanya fotografi sebagai hobi dan menjadi lebih serius dalam  fotografi pada tahun 2006  sehingga sekarang.

Beliau merupakan penulis yang menyumbang untuk majalah fotografi FOTOGRAFIKA sejak keluaran pertama pada Julai 2011 sehingga sekarang.

Beliau juga menulis buku “ Psikologi Dalam Seni & Seni Reka’ . Terlibat dengan KLPF sudah 8 tahun dan aktif dalam Kelab GoPro Malaysia melalui rakaman kegiatan aktiviti lasak, street photography dan dan juga berkebolehan Repair & Service GoPro

www.instagram.com/junkey.monkey

www.instagram.com/goprofix

https://www.facebook.com/JunkeyMonkeyStore