Minggu lalu, sistem pencahayaan terbaharu Profoto B10 telah dilancarkan bertempat di Galeri Ilford, Petaling Jaya, Selangor.
B10 merupakan sebuah sistem pencahayaan mudah alih khusus untuk keselesaan jurugambar dengan saiz yang paling kecil dan ringan.
Lebih menarik, B10 mampu memberikan pantulan cahaya lima kali ganda lebih kuat daripada lampu denyar, hanya dengan saiz sebesar lensa.
Pemilik dan Pengasas Galeri Ilford, Wesley Wong memulakan demonstrasi B10 diikuti pembentangan produk oleh wakil Srishti Digilife Singapura Malaysia, Leonard Goh.
Duta Profoto Malaysia, Tanes TJ Jitsawart turut berkongsi gambarnya menggunakan B10.
Menggunakan motto ‘The Power of Small’, Profoto B10 juga boleh digunakan untuk penggambaran video dengan integrasi cahaya berterusan.
B10 disediakan dengan versi 250W dan boleh didapati dalam dua kit yang berbeza.
B10 dengan satu kepala dan B10 Duo Kit dengan dua kepala. Pakej ini mengandungi:
1 x B10 250 AirTTL
1 x Bateri cas semula Li-Ion
1 x Pengecas Bateri 3A
1 x Kaki Penyesuai untuk B10
1 x Penutup Pelindung
1 x 0.6 meter kabel Penyesuai USB A ke USB C
1 x Beg tahan lasak untuk B10 dan
1x Kabel Kuasa C7
2 x B10 250 AirTTL
1 x Core BackPack S
2 x Bateri cas sembla Li-Ion
2 x Pengecas Bateri 3A
2 x Kaki Penyesuai untuk B10
2 x Penutup Pelindung
1 x 0.6 meter kabel Penyesuai USB A ke USB C dan
2 x Kabel Kuasa C7
Harga yang ditawarkan bermula daripada RM7,199.
Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan produk ini, boleh ke Galeri Ilford di Oasis Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Teks oleh Supian Ahmad
Gambar oleh Robin Wong
Supian Ahmad
Photojournalist NSTP
Beliau adalah wartawan foto (photojournalist) untuk NSTP.
Selain bergiat dalam fotokewartawanan, beliau juga meminati genre foto jalanan (street photography). Beliau adalah pemilik dan kurator untuk laman streetmalaya.blogspot.my satu laman web memaparkan hasil karya-karya hebat foto jalanan oleh karyawan tempatan.
Beliau juga adalah co-founder Dekadegear, produk aksesori fotografi untuk photojournalist.