Assalamualaikum wbt.
Disini saya (Adhadi.com) ingin menjemput mana mana pemilik kamera baru, samada dslr mahupun mirrorless, untuk mempelajari cara cara mengoptimumkan penggunaan kamera anda dengan teknik yang betul.
Bengkel ini adalah percuma. Saya sudah menganjurkan aktiviti bengkel seperti ini dari 2006 lagi. Setahun dua ni agak bz sket, dan kekurangan resources. Insya Allah lepas ni saya akan cuba perbanyakkan aktiviti seperti ini lagi.
Berikut adalah tentatif bengkel tersebut
Lokasi : Taman Tasik Shah Alam (kedai kopi)
Tarikh : 15 Julai 2018
Masa : 9 pagi – 1 tengah hari
Sumber: Adhadi.com
Adhadi Mohd
Cikgu Fotografi
Adhadi Mohd telah menjadi pengajar fotografi sepenuh masa lebih dari 10 tahun sejak tahun 2005.
Mempelajari ilmu fotografi (era filem) semasa menuntut dalam bidang Sains Komputer di UTM Skudai. Beliau telah mengajar lebih daripada 20,000 pelajar dari pelbagai peringkat umur. Beliau juga telah mengajar di sektor koperat dan agensi awam seperti Universiti Malaya Center of Continuing Education & Development, Amanah Raya Berhad, Yayasan Mara, Kementerian Pendidikan Malaysia dan lain-lain lagi. Beliau juga telah menerbitkan beberapa buah buku digital rujukan fotografi berbahasa Melayu yang telah digunakan lebih daripada 50,000 orang.