Pada 29hb Februari 2020 (Sabtu) yang lepas bertempat di Dataran Merdeka, telah berlangsung Bengkel Travelog Penulisan & Fotografi anjuran syarikat penerbitan buku Syahidah Hassan Enterprise (SHE). Jurugambar.com telah sekali lagi dijemput untuk membantu menjayakan bengkel tersebut. Pihak kami membantu dengan mengajar teknik mengambil gambar kembara menggunakan telefon pintar.

Bengkel ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 25 orang yang kebanyakkan para peserta terdiri dari penulis-penulis buku bebas dan novel.

Proces pembelajaran bengkel ini dijalankan di luar kelas dan dalam suasana santai. Simulasi pengembaraan dibuat secara praktikal sambil bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Pembelajaran dibuat semasa proces simulasi tersebut. Bermula dari hadapan Perpustakaan Kuala Lumpur dan Galeri Kuala Lumpur, bergerak melintasi Plaza Dataran Merdeka, melawati sekitar Bangunan Sultan Abdul Samad dan menyusuri Sungai Kelang.

Setelah selesai rehat & makan tengah hari, kami meyambung perjalanan ke Masjid Jamek untuk solat zohor dan juga sesi terakhir bengkel. Bengkel yang bermula 9.30 pagi dari Dataran Merdeka dan akhirnya tamat dengan jayanya pada jam 4.30 petang,

Cuaca yang panas, tidak mematah semangat juang para peserta melaksanakan tugas diberikan. Disepanjang perjalanan, sambil mereka mempraktikkan pelbagai ilmu-ilmu fotografi yang diajar, ada pelancong dari luar negara menjadi bahan eksperimen mereka. Cara mereka berinteraksi dengan para subjek amat mengamumi saya.

AHMAD SAFIR

AHMAD SAFIR

Tuan Tanah Jurugambar.com

AHMAD SAFIR adalah dasarnya adalah seorang Akauntan yang berpengalaman luas dalam pelbagai industri seperti Minyak & Gas, Information Technology, Kejuruteraan Marin, Pertahanan, Perbankan dan banyak lagi lebih dari 18 tahun.

Beliau meminati fotografi sejak kecil lagi bila beliau melihat gambar-gambar dalam majalah-majalah National Geographic yang dilanggan oleh arwah bapanya. Kamera pertama beliau adalah kamera filem Yashica Elektro 35 GSN yang beliau masih simpan sehingga kini.

Minat beliau dalam fotografi sangat tinggi dan keinginan beliau ingin melihat industri fotografi maju, dihormati dan bersatu, menyebabkan beliau menubuhkan media Jurugambar.com.