Pihak Sembang Fotografi bersama Jurugambar.com telah menganjurkan kelas “Simple Studio Lighting for Portraits”. Kelas tersebut telah berlangsung pada 22 Ogos 2020 dari jam 10:00 pagi hingga 5:00 petang di Blackbox, SACC Mall. Sepanjang tempoh kelas, peserta yang terdiri dari peminat fotografi dan jurufoto profesional telah didedahkan kepada teknik-teknik pencahayaan oleh tenaga pengajar mahir, Azman Karib. Menurut beliau “teknik pencahayaan yang baik akan memberi pengaruh yang kuat terhadap mesej yang ingin disampaikan melalui potret yang dihasilkan”.

Peserta juga bertuah apabila dapat mendengar perkongsian dari jurufoto profesional, Ariff Awaluddin dan Soraya Yusof Talismail pada satu sesi forum santai selepas waktu makan tengah hari. Dalam sesi tersebut, mereka telah mengingatkan peserta tentang keperluan dan tanggungjawab jurufoto dalam menghasilkan karya fotografi yang bukan sahaja cantik, tetapi turut bermakna mengikut identiti dan jatidiri masing-masing. Dalam sesi ini peserta turut dapat melihat sendiri karya seni Soraya Yusof Talismail yang telah diterbitkan di dalam buku fotografi “Imaging Selfs”.

Sesi petang kelas tersebut telah diisi dengan sesi penggambaran model Dilla Asmadee dengan teknik “pencahayaan rama-rama” (butterfly lighting). Sepanjang sesi, setiap peserta telah berpeluang bukan sahaja menangkap foto tetapi juga berlatih mengarahkan posisi model untuk mendapatkan gambar yang terbaik. Bagi memastikan setiap gambar mendapat penilaian yang objektif, Sesi akhir kelas merupakan sesi diskusi foto dimana gambar setiap peserta telah dinilai dan dibincangkan. Secara keseluruhan Azman Karib telah memilih gambar yang dihasilkan oleh peserta Zubairi sebagai gambar yang terbaik sepanjang kelas.

Pihak Sembang Fotografi ingin mengucapkan setinggi penghargaan buat PKNS Real Estate Sdn Bhd kerana menaja lokasi Blackbox, SACC Mall untuk kegunaan kelas dan pihak Gstrapinuse atas tajaan kelengkapan pencahayaan jenama Godox, antaranya Godox AD400pro dan Godox AD300pro. Penghargaan juga buat Azman Karib, Ariff Awaluddin dan Soraya Talismail atas perkongsian sepanjang tempoh program.

LAH SADZIK

LAH SADZIK

Aktivis Kemanusiaan

Aktivis Kemanusiaan, sukarelawan, lelaki dengan kamera. Lah Sadzik adalah seorang yang bercita-cita menjadi seorang photojournalist dan giat berkecimpung dalam misi kemanusiaan.

Berpengalaman dalam melaksanakan misi di Malaysia, Cambodia, Indonesia dan yang terbaru, Yaman. Beliau berharap gambarnya dapat memberi inspirasi kearah membawa perubahan positif bagi menjadikan dunia lebih baik, sekeping gambar pada satu masa.

Layari halaman Facebook Jurugambar kami untuk informasi harian yang dikongsi dari sumber lain.

Halaman Facebook; Komuniti Fotografi Malaysia, adalah kumpulan komuniti yang bernaung dibawah Jurugambar.com, sertai komuniti ini, berkongsi gambar mengikut tema yang disediakan sambil mempelajari ilmu fotografi secara maya.