Kuala Lumpur, Sabtu, 23 Disember 2023

Merupakan Pasar Foto pertama yang diadakan di Kuala Lumpur. Malaysia. Aktiviti ini telah diadakan di perkarangan kedai Makan Buzz, River of Life, Kuala Lumpur. Satu idea kolaborasi diantara Angkatan Senifoto Wilayah Persekutuan (ASFON WP) dengan Fotografi Jalanan Malaysia (FJM) serta kedai Makan Buzz yang bertujuan untuk meningkatkan aktiviti ekonomi pengamal Media Kreatif khususnya Jurufoto atau Jurugambar. “Pasar Foto” merupakan platform yang terbaik untuk jurufoto mempamer, menjual hasil karya gambar foto yang bertemakan Keindahan MalaysiaBeautiful Malaysia” kepada sesiapa sahaja yang berhajat untuk memilikinya. Aktiviti lain yang juga termasuk di dalam pengisian progam ini ialah jualan buku-buku yang telah dihasilkan pengkarya, jualan poskad, jualan peralatan fotografi seperti kamera, filem warna serta black & white 135mm, in-situ editing foto menggunakan AI, pembaikan kamera dan sebagainya.

Sambutan adalah diluar jangkaan, dianggarkan seramai lebih kurang 200 orang telah hadir pada hari tersebut untuk melihat karya dan bersua muka dengan karyawan-karyawan yang terlibat. Sepanjang lima jam Pasar Foto berlangsung, sebanyak dua belas gambar foto pelbagai saiz dan jenis telah terjual. Keterujaan aktiviti ini adalah apabila salah seorang gambar foto hasil karyawan En Nazri bin Sulaiman telah dibeli oleh seorang pelancong daripada Jerman. Lantunan ini menjadi satu inspirasi kepada semua jurufoto yang berada di Malaysia untuk menghasilkan satu naskah momen yang memaparkan keindahan yang terdapat di Malaysia. Secara tidak langsung Pasar Foto juga menjadi satu wadah yang terbaik untuk mempromosikan Malaysia di mata dunia. Jualan buku “Beauty Of Putrajaya in Black & White” oleh Ir Adib Noh juga berjaya terjual sebanyak 2 buah naskah. Terbukti Pasar Foto juga boleh mengetengahkan naskah karya-karya hebat yang memberi manfaat kepada semua pihak.

Pasar Foto melihat kolaborasi ini juga adalah untuk menjana semula pusat bandar melalui ekonomi berasaskan budaya dan penciptaan tempat-tempat kreatif dan budaya yang inklusif, asli dan berdaya maju yang dapat mencantumkan apa-apa sahaja termasuk sejarah melalui rakaman fotografi disamping meningkatkan kebolehhunian dan daya tarikan pelawat.

MOHD SAMSI BIN SUMAIRI

MOHD SAMSI BIN SUMAIRI

Timbalan Presiden ASFONWP 2023

Berkelulusan  Ijazah Sarjana Bidang Teknologi Bijibenih (UPM – 1998), Ijazah Sarjana Muda Hortikultur (UPM – 1991), Diploma Pertanian (UPM – 1988), Diploma Kemahiran Malaysia (Fotografi) – Tahap 4, Sijil Kemahiran Malaysia (Fotografi) – Tahap 3, Sijil Kemahiran Malaysia (Petanian) – Tahap 1, 2 & 3.

Merupakan anak kelahiran Kuala Selangor dan mula menceburi bidang fotografi sejak awal tahun 1979. Pada permulaannya, hanya merakam potret keluarga dan kawan-kawan sekuliah menggunakan kamera Single Lens Reflex (SLR). Fotografi merupakan wadah bahasa Universal yang mudah bagi seseorang mengeluarkan inspirasi jiwa. Semasa di alam pengajian, saya banyak menggunakan fotografi untuk merakam maklumat pembelajaran dan menjadi sumber pendapatan pada waktu tersebut. Genre fotografi kehidupan manusia dan alam semulajadi menjadi pilihan kerana terdapat pelbagai keindahan seni yang ada di dalamnya. Seni yang terkandung pada setiap naskah tersebut sukar diperjelaskan. Sehingga kini fotografi merupakan hobi, juga sentiasa berkongsikan ilmu untuk pembelajaran pada netizen disamping berkarya untuk tatapan generasi akan datang.

Antara penglibatan di dalam industri media kreatif  adalah sebagai Timbalan Presiden Angkatan Senifotografi Wilayah Persekutuan (ASFON WP) 2023-2024 manakala untuk pameran fotografi adalah seperti Pameran Solo di Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) Putrajaya pada 2 ogos 2018,  Pameran Solo di Kuala Lumpur Photography Festival 2021 25th Year (KLPF 2021) : Tajuk ; Behind The Coconut Curtain dan Pameran Berkumpulan ASFON WP: Imejan @ BEREMOSI Galeri Budi KL. Juga memenangi beberapa pertandingan fotografi sejak tahun 2010 diperingkat kebangsaan dan juga antarabangsa.