Komuniti Fotografi Malaysia

adalah satu komuniti fotografi yang ditubuhkan oleh pihak Jurugambar.com. Tujuannya ialah sebagai satu tempat pembelajaran dan perkongsian mengenai ilmu fotografi secara maya menggunakan platform media sosial Facebook.

Aktiviti pertama komuniti ini adalah perkongsian gambar-gambar yang menggunakan komposisi fotografi yang dipanggil Peraturan Ruang Ketiga atau dalam bahasa English di panggil Rule of Third.

1) Tema : Rule of Third (Peraturan Ruang Ketiga)
2) Tarikh penyertaan : 23 Jun – 3 Julai 2020 (tetapi dilanjutkan oleh pihak admin)

Apakah Rule of Third atau kita panggil RO3?

Komposisi ini adalah yang paling popular dan senang untuk dibuat. Buat tiga garisan melintang dan tiga garisan menegak, dan menyilang antara satu sama lain. Ianya boleh dilakukan dengan cara:
1. Letakkan objek utama di atas salah satu titik; atau
2. Letakkan objek utama di dalam salah satu kotak.

RO3 ini amat popular digunakan di dalam pelbagai genre terutamanya genre pemandangan/lanskap, kembara, perkahwinan, foto jalanan dan lain-lain.

Terdapat banyak penyertaan dari ahli komuniti tetapi hanya gambar yang menepati tema yang ditetapkan oleh pihak admin sahaja yang terpilih untuk dipaparkan dilaman ini. Hanya 19 buah gambar yang menepati tema.

Dibawah ini, senarai 10 buah gambar yang dipilih oleh pihak pentadbir/admin komuniti yang dianggap yang terbaik dan juga sebagai rujukan.

Semua gambar ini adalah hakmilik fotografer berkenaan dan tidak dibenarkan digunakan tanpa kebenaran mereka.

Terdapat lebih kurang 37 penyertaan dari ahli komuniti tetapi hanya 19 sahaja yang menepati tema pihak admin. Dibawah ini adalah kesemua gambar yang terpilih.
Tiada ketetapan jenis alatan untuk mengambil gambar termasuk gambar menggunakan telefon pintar ataupun kamera filem.

Layari halaman Facebook Jurugambar.com kami untuk informasi harian yang dikongsi dari sumber lain.

Halaman Facebook Komuniti Fotografi Malaysia, adalah kumpulan komuniti yang bernaung dibawah Jurugambar.com, sertai komuniti ini, berkongsi gambar mengikut tema yang disediakan sambil mempelajari ilmu fotografi secara maya.