Komuniti Fotografi Malaysia

adalah satu komuniti fotografi yang ditubuhkan oleh pihak Jurugambar.com. Tujuannya ialah sebagai satu tempat pembelajaran dan perkongsian mengenai ilmu fotografi secara maya menggunakan platform media sosial Facebook.

Aktiviti kedua komuniti ini adalah perkongsian gambar-gambar yang menggunakan komposisi fotografi yang dipanggil “Berbingkai” atau dalam bahasa English di panggil “Framing”.

1) Tema : Framing (Berbingkai)
2) Tarikh penyertaan : 23 Julai – 8 Ogos2020 (tetapi dilanjutkan oleh pihak admin)

Apakah YANG DIMAKSUDKAN DENGAN “FRAMING” atau “BERBINGKAI”?

Komposisi ini menggunakan struktur bangunan, pokok, alam semulajadi, bayangan atau sebagainya dan menjadikannya seperti bingkai gambar mengelilingi objek utama ataupun objek-objek.

Komposisi ini amat mudah dipraktiskan. Dan ianya juga amat popular digunakan di dalam pelbagai genre terutamanya genre kembara, perkahwinan, foto jalanan dan lain-lain.

Penyertaan dari ahli komuniti pada kali ini amat memberangsangkan. Lebih kurang 120 gambar yang diterima dari ahli komuniti. Walaubagaimanapun pihak admin hanya memilih 45 buah gambar sebagai rujukan dari 45 orang peserta. Ini kerana terdapat peserta menghantar lebih dari satu gambar dan pihak admin berpendapat memandangkan pada masa kini tiada peraturan tetap dalam aktiviti ini. Pihak admin juga berpandangan, objektif komuniti ini adalah platform untuk mempelajari ilmu fotografi. Maka itu ianya tidak adil dijadikan sebagai satu pertandingan. Oleh itu, pihak kami cuba mengadakan aktiviti agar ianya sesuai kepada semua peringkat ahli.

Walaubagaiamanapun, mungkin pada masa akan datang, pihak kami akan cuba mengadakan pertandingan dengan pakej hadiah yang menarik.

Kebanyakkan gambar yang diterima menepati ciri-ciri yang paling asas “framing”. Untuk yang masih baru dalam fotografi, ada kebanyakkan gambar yang diterima mempunyai beberapa jenis komposisi yang dipraktiskan dalam gambar-gambar berkenaan. Oleh itu, pihak admin memilih 107 buah gambar yang diletakkan digaleri dibawah sebagai rujukan bersama.

Semua gambar ini adalah hakmilik fotografer berkenaan dan tidak dibenarkan digunakan tanpa kebenaran mereka.

Rujukan komposisi fotografi lain:
1. Peraturan ruang ketiga (Rules of third)

Terdapat lebih kurang 109 penyertaan dari ahli komuniti yang menepati asas tema. 
Tiada ketetapan jenis alatan untuk mengambil gambar termasuk gambar menggunakan telefon pintar ataupun kamera filem. 
Semua gambar ini adalah hakmilik fotografer berkenaan dan tidak dibenarkan digunakan tanpa kebenaran mereka.

Layari halaman Facebook Jurugambar.com kami untuk informasi harian yang dikongsi dari sumber lain.

Halaman Facebook Komuniti Fotografi Malaysia, adalah kumpulan komuniti yang bernaung dibawah Jurugambar.com, sertai komuniti ini, berkongsi gambar mengikut tema yang disediakan sambil mempelajari ilmu fotografi secara maya.