Pasar Foto Jilid#1

Pasar Foto Jilid#1

Pasar Foto

adalah satu idea yang terhasil daripada perkongsian lima sahabat fotografi iaitu saudara Mohd Shamsi Sumairi (Shamsi Mohd), Ahmad Sabri Harun (Ahmad Sabri Harun), Mazlan Moammad Jali (Mazlan Mohammad Jail), Afzan Abdullah (ChotTouch KL) dan Puan Salliza Salleh (Matsuda Mashimaru). Sebahagiannya merupakan AJK ASFON WP dan AJK FJM (Fotografi Jalanan Malaysia) kolaborasi bersama saudara Amin pemilik Kedai Makan Buzz di River of Life, Kuala Lumpur. Ideanya bermula apabila pertanyaan timbul dari kalangan sahabat-sahabat yang menghasilkan gambar foto yang sangat menarik yang mempunyai nilai komersial tetapi akhirnya tependam di dalam komputer dan juga hard disk. Memang agak sukar untuk menterjemah jualan karya-karya fotografi di pinggiran atau di kaki lima jalan di Malaysia. Sehingga kini belum ada ruang sebegini untuk mempamir serta menjual hasil karya-karya fotografi di Kuala Lumpur.

Pasar Foto merupakan wadah atau tempat untuk mempamer dan menjual karya-karya fotografi dengan harga mampu milik. Kami menjemput karyawan-karyawan fototografi seluruh Malaysia untuk mempamer serta menjual mengikut standard yang ditetapkan agar karya-karya yang akan dibeli mempunyai nilai prestij. Pelbagai saiz gambar foto dari sekecil saiz poskad sehingga saiz A0 akan dipamer dan dijual. Medium atau bahan untuk cetakan adalah bervariasi daripada kertas synthetic, kertas foto dan juga kanvas. Karya gambar foto adalah berkonsepkan Keindahan Malaysia (Beautiful Malaysia) dari pelbagai sudut, iaitu kehidupan masyarakat malaysia (lifestyle), fotografi jalanan (street photography), portrait (portraiture), alam semulajadi (nature), minimalis (minimalism), arkitektur (architecture), makro (macro), hitam putih (black& white) dan sebagainya.

Pasar Foto bukan sahaja mempamer atau menjual karya-karya foto tetapi ianya juga akan menjemput jurufoto yang ingin menjual buku fotografi, produk-produk fotografi seperti filem fotografi, peralatan fotografi, kamera vintange ataupun apa-apa sahaja yang berkaitan fotografi. Tagline Selling Moments, Stories & Dreams adalah rangkuman yang ingin kami tonjolkan untuk kemudahan semua jurufoto menjana ekonomi untuk kelestarian kehidupan yang semakin mencabar khususnya yang bergiat di dalam industri Media Kreatif (fotografi).

Program Pasar Foto buat pertama kali akan diadakan pada hari Sabtu 23 Disember 2023 dengan melibatkan 12 karyawan. Pasar Foto akan dilaksanakan setiap bulan bermula pada 2024 di perkarangan Makan Buzz di River of Life, Kuala Lumpur mengikut jadual yang akan ditetapkan. Perkarangan Makan Buzz merupakan satu ruang yang kami fikirkan boleh menarik pelancong tempatan dan luar negara untuk melihat karya-karya fotografi lokal yang bertaraf global. Kadar harga yang Pasar Foto tetapkan adalah yang mampu milik dan memiliki standard global.

Event Information

  Makan Buzz Cafe, River of Life, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
}  December 23, 2023
  Saturday, 08:00 am to 07:00 pm
n  Pameran
  ASFON WP, Foto Jalanan Malaysia, Pasar Foto

Event Organizer

   Makan Buzz Cafe, ASFON WP & FJM

Event Location

Share event