Bual bicara Jurugambar.com bersama penganjur Kinabalu Photo Festival 20online, En Jebat Legacy dan mentor Hj Shamshahrin Samsuddin.

Di dalam perbincangan kali ini, ianya banyak menyentuh mengenai sejarah perjalanan dan cabaran Kinabalu Photo Festival, sejak pertama kali diadakan pada tahun 2014. Pada tahun tersebut ianya dikenali sebagai KK Photo Week, dan setelah mendapat kebenaran dan disokong oleh kerajaan negeri Sabah, maka bermula penggunaan Festival sejak tahun 2016.

Kami juga berbicara dan menyentuh tujuan dan matlamat festival ini diadakan, serta penglibatan fotografer-fotografer profesional bertaraf antarabangsa yang dijemput seperti:
1. Hj Shamshahrin Samsuddin (bekas fotojurnalis Agence France-Presse (AFP) & European Pressphoto Agency (EPA)),
2. Ahmad “Deny” Salman (kurator di PannaFoto Institute, Jakarta & organisasi penganjur Jakarta International Photo Festival),
3. Taufan Wijaya, (fotojurnalis bebas dan pensyarah fotografi di Universitas Multimedia Nusantara, Jakarta Indonesia), dan
4. Agah Permadi (guru & artis digital Indonesia) 
untuk menjadi mentor difestival ini.

Ini juga termasuk aktivi-aktiviti yang berlangsung semasa festival ini diadakan seperti perbincangan dengan komuniti-komuniti fotografi dari Bali & Jakarta Indonesia, Singapura dan juga Filipina. Termasuklah juga percapaian peserta-peserta di peringkat antarabangsa dan kenangan sepanjang program ini diadakan.