Definasi Fotografi

Apakah definasi fotografi? Untuk mudah fahami definasinya adalah sebagai:

  1. Fotografi adalah cahaya yang dipegunkan (freeze the light).
  2. Fotografi adalah lukisan cahaya (light painting)
  3. Fotografi adalah pegunan (kaku) suasana (freeze the moment)

Bagaimana Teknik Mempelajari Fotografi?

Cara mudah untuk mempelajari fotografi digital adalah dengan belajar 2 perkara asas. Dan perkara asas ini kena belajar ikut turutan. Iaitu pelajari dahulu bahagian “ilmu teknikal” dan kemudian baru pelajari “ilmu komposisi”.

Ilmu Teknikal

Dalam “ilmu teknikal fotografi”, ada 3 benda asas teknikal yang perlu difahami. Iaitu aperture (bukaan), shutter speed (kelajuan pengatup) dan ISO (kepekatan cahaya). Dalam tutorial ini, kita akan menggunakan istilah English kerana ianya mudah difahami. Seperkara lagi, kita perlu faham bahawa cahaya bergerak lurus dan laju secara sekata.

1. Aperture (bukaan)

Adalah keluasan saiz lubang lensa. Selalunya ianya boleh difahami sebagai “f” seperti f/1.4, f/2, f/2.8, f/8 dan seterusnya. Makin besar lubang lensa, makin kecil nombornya dan sebaliknya. Bermakna saiz lubang lensa f/1.4 lagi besar dari saiz lubang lensa f/8. Kita boleh nampak saiz aperture di lensa kamera.

Salah satu kegunaan aperture adalah untuk menghasilkan imej yang berada di titik fokus, tajam (sharp) dan di luar titik fokus kabur. Semakin kecil nilai “f” (F5.6,F8 dan seterusnya) semakin tajam imej yang berdekatan dengan titik fokus. Sebab itu, seorang fotografer potrait suka menggunakan nilai “f” yang besar seperti f1.8, f2.0 dan sebagainya untuk menumpukan imej potrait tersebut manakala seorang fotografer permandangan suka menggunakan f8 dan seterusnya dan memastikan semua imej dalam gambar permandangan itu tajam dan jelas.

2. Shutter speed (Kelajuan pengatup)

Adalah kelajuan shutter terbuka di dalam badan kamera. Ianya dikira 1/15 saat, 1/30 saat, 1/200 saat, 1/400 saat dan seterusnya. Tetapi di dalam kamera, ianya hanya menunjukkan nombor 15, 30, 200, 400 dan seterusnya. Semakin laju shutter bergerak, semakin sedikit cahaya yang masuk. Sebab itu, sebuah bilah kipas yang sedang berpusing akan nampak pegun pada kelajuan tinggi di 1/160 saat tetapi akan nampak bayang-bayang jika diambil pada kelajuan 1/15 saat.

3. ISO (Kepekatan Cahaya)

Ianya mudah dikenali sebagai kepekatan cahaya. Gambar yang diambil, pada setting aperture & shutter speed yang tetap atau sama tetapi menggunakan ISO yang berbeza, akan nampak perbezaan kecerahan gambar. Gambar yang diambil pada ISO100 akan nampak gelap dari gambar ISO400 dan seterusnya.

Disebabkan sifat fizik cahaya yang bergerak lurus dan pada kelajuan yang sama, dengan menggunakan ketiga-tiga prinsip asas teknikal diatas, maka mudah bagi fotografer menghasilkan pelbagai rupa gambar.

Artikel seterusnya adalah  mengenai ilmu komposisi yang akan diterbitkan dalam masa terdekat 

Layari halaman Facebook Jurugambar kami untuk informasi harian yang dikongsi dari sumber lain.

Halaman Facebook; Komuniti Fotografi Malaysia, adalah kumpulan komuniti yang bernaung dibawah Jurugambar.com, sertai komuniti ini, berkongsi gambar mengikut tema yang disediakan sambil mempelajari ilmu fotografi secara maya.