Malaysia, adalah sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk terdiri dari pelbagai kaum dan bangsa. Kepelbagaian inilah yang telah melahirkan pelbagai perayaan baik perayaan agama mahupun perayaan budaya kerana mempunyai penganut-penganut agama yang berbeza.

Uniknya, perayaan-perayaan ini bukan sekadar diraikan oleh kaum atau penganut agama tersebut, tetapi kemeriahan itu turut juga dirasai, dihormati dan dikongsi bersama kaum dan penganut agama yang lain.

Imej sumbangan Supian Ahmad

Imej sumbangan Sani Rahman

Thaipusam adalah salah satu perayaan yang diraikan oleh penganut agama Hindu tetapi kemeriahan dan warna-warninya turut dirasakan oleh bangsa lain. Atas dasar ini lah pihak Jurugambar.com ingin mengambil kesempatan untuk mengadakan program sempena kedatangan Thaipusam tidak lama lagi yang akan disambut pada bulan Januari ini.

Jurugambar.com akan mengadakan program fotografi berkonsepkan bengkel mini sepanjang bulan ini yang di namakan “Thaipusam : Warna & Emosi”.

Program ini adalah aktiviti permulaan Jurugambar.com pada 2019, yang akan disusuli dengan program-program yang lain.

Imej sumbangan Supian Ahmad

Imej sumbangan Sani Rahman

Imej sumbangan Yusri Yusof

Berikut adalah tarikh & aturcara bengkel mini “Thaipusam: Warna & Emosi

 

Tarikh : 13/1/2019
Aktiviti : Photo Talk oleh Bazuki Muhammad mengenai perayaan Thaipusam; bagaimana beliau membuat liputan perayaan ini selama 20 tahun.
Lokasi : Kafe 57,
Lot 63, Jalan Melati Utama 4
Taman Melati Utama,
Setapak, Kuala Lumpur
Masa : 1.30 petang sehingga 4.00 petang
Masuk : Percuma

 

Tarikh : 19 – 21/1/2019
Aktiviti :

Upacara Thaipusam
pihak admin Jurugambar.com akan memulakan aktiviti program dari jam 9.00 malam 20/1/2019 sehingga 11.00 pagi 21/1/2019. Walaubagaimanapun, perubahan rancangan waktu aktiviti bergantung kepada keadaan semasa.

Lokasi : Kuil Sri Subramaniyar,
Batu Caves,
Selangor
Masa : 24 jam selama 3 hari
Masuk : Percuma

 

Tarikh : 25/1/2019
Aktiviti : Perjumpaan bersama mentor untuk kurasi.
Mentor adalah Supian Ahmad dan Syaiful Redzuan
Lokasi : Akan diumumkan pada 13/1/2019
Masa : Akan diumumkan pada 13/1/2019
Masuk : Berbayar
RM150 untuk seorang
RM120 seorang jika berkumpulan

 

Tarikh : 27/1/2019
Aktiviti : Persembahan hasil kerja oleh peserta. Akan dinilai oleh Shamshahrin Shamsudin bekas photojournalist untuk agensi antarabangsa AFP & EPA.
Lokasi : Kafe 57,
Lot 63, Jalan Melati Utama 4
Taman Melati Utama,
Setapak, Kuala Lumpur
Masa : 2 ptg sehingga 5 ptg
Masuk : Percuma

 

  1. Hanya 10 peserta yang akan diterima untuk mengikuti mini bengkel ini.
  2. Mentor-mentor yang dipilih akan dimaklumkan semasa taklimat berkenaan.
  3. Penilaian hasil kerja akan dinilai oleh para profesional.
  4. Program ini tidak menetapkan genre fotografi untuk para peserta. Terpulang kepada peserta untuk memilih genre seperti photojournalism, street photography, photo essay atau potraiture. Walaubagaimanapun tema harus berkisarkan mengenaj upacara Thaipusam di hari tersebut sahaja.
  5. Yuran penyertaan adalah RM150 untuk seorang dan sekiranya pendaftaran berkumpulan untuk 2 orang keatas adalah RM120 seorang.
  6. Untuk pendaftaran, sila hantarkan email anda kepada jurugambardotcom@gmail.com atau hubungi/whatsup 019-2678125 (En Safir)