President Nikon, En Toshikazu Umatate melalui sesawang berita dari Newswitch sudah mengesahkan mereka sedang membangunkan kamera full frame mirrorless siri Z yang mempunyai ciri-ciri Nikon D5. Walaubagaiamanapun, nama model masih belum dinyatakan. Ianya mungkin diberi nama Z8 ataupun Z9. Ini berdasarkan Nikon sudah pun mempunyai kamera mirrorless Nikon Z6 & Z7. Desas-desus juga kuat bergoncang menyatakan Nikon juga sedang mengusahakan siri Z versi bajet yang dipercayai disasarkan berharga bawah USD900 (RM3,600), mungkin nama model berkenaan adalah Z5?

Anggaran harga sasaran jualan juga masih menjadi teka-teki. Sekiranya dilihat Nikon Z6 (badan sahaja + FTZ adapter) yang dijual di Malaysia berharga RM8,500 ke atas manakala Nikon Z7 (badan sahaja + FTZ adapter) berharga RM13,900 ke atas, berapakah harga yang disasarkan oleh Nikon D8/9 ini? Jika dilihat harga Nikon D5 dipasaran sekarang adalah RM23,000 ke atas, kemungkinan harganya sekitar julat tersebut. Walaubagaimanapun, kemerosotan nilai Ringgit diperingkat antarabangsa, akan memberi kesan yang besar terhadap harga jualan peralatan kamera.

Khabar angin juga ada menyatakan, perlancaran Nikon Z8/9 ini dipercayai sebelum Sukan Olimpik Tokyo yang akan berlangsung pada tahun 2020 dan juga penyebab kelambatan pengganti Nikon D5 iaitu Nikon D6 ke satu tarikh yang tidak pasti.

 

Sumber rujukan:
Fstoppers, Dpreview dan Petapixel