Mengenai Kami

Kami adalah terdiri dari sekumpulan ahli profesional, amatur dan peminat fotografi & videografi yang ingin mencurahkan dan berkongsi ilmu, pengalaman & pandangan kami kepada masyarakat yang meminati fotografi & videografi.  Kami juga ingin mendidik dan membuka mata masyarakat umum bahawa seni fotografi & seni videografi (senimatografi) itu adalah cabang salah satu cabang seni dan ianya sepatutnya dipelajari ilmunya dan juga sepatutnya dilayan secara ilmiah.

Kenapa diwujudkan?

Sebagai tempat rujukan informasi mengenai dunia fotografi & videografi(senimatografi) tempatan & luar negara.

  1. Sebagai tempat rujukan para fotografer, videografer dan peminat fotografi/videografi untuk menambah ilmu dan mempelajari ilmu-ilmu seni fotografi, seni videografi, pengurusan seni perniagaan dan lain-lain ilmu yang difikirkan sesuai untuk menaikkan mutu & ilmu seorang fotografer & videografi.
  2. Sebagai tempat untuk meluahkan pandangan dan candangan terhadap isu-isu semasa dan cabaran yang dihadapi oleh fotografer & videografer.
  3. Sebagai tempat untuk para pengkarya seni fotografi & videografi mempamerkan dan mempromosikan hasil karya mereka.
  4. Tempat untuk mendidik dan memberitahu masyarakat umum mengenai fotografi, videografi dan kerjaya seorang fotografer dan videografer serta cabang-cabang ilmu fotografi dan videografi.
  5. Salah satu cara dan usaha untuk menaikkan martabat kerjaya seorang fotografer dan videografer di mata masyarakat umum.
  6. Ketiadaan laman web informasi yang membicarakan dunia fotografi & videografi dalam Bahasa Melayu.

Kenapa memilih Bahasa Melayu?

  1. Bahasa pertuturan/komunikasi yang paling banyak digunakan & difahami oleh penduduk di Malaysia, Singapura, Brunei & Indonesia.
  2. Terdapat banyak laman web berbahasa English yang mempaparkan informasi berkaitan fotografi/videografi dan ketiadaan laman web yang menggunakan bahasa Melayu sebagai medium perbicaraan.
  3. Ingin menggunakan medium komunikasi Bahasa Melayu kerana berpendapat ianya dapat menyatukan pelbagai kaum & bangsa yang berada di Malaysia, Singapura, Brunei & Indonesia.

Kenapa memilih laman web jurugambar.com?

  1. Mengikuti trend & teknologi semasa di mana majoriti masyarakat kini menggunakan internet sebagai tempat mencari informasi.
  2. Ingin menjadikan laman web jurugambar.com sebagai tempat tujuan paling utama di internet untuk mencari informasi mengenai fotografi.

Lokasi Kami

Jurugambar.com dimiliki oleh:
Jurugambardotcom Media
(SA0502544-M)
,
Seksyen 13,
40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia

Sebarang pertanyaan sila email kepada
jurugambardotcom@gmail.com

Buat masa kini, kami masih belum membuka program pengiklanan kami terhadap mana-mana syarikat atau individu yang ingin mengiklan di lamanweb kami. Untuk pengetahuan tuan-tuan, buat masa ini kami merancang untuk mengadakan 2 jenis pengiklanan atau penjualan produk seperti dibawah ini:

1. Artikel produk atau perkhidmatan di seksyen Advertorial
2. Kolum pengiklanan

Setiap produk atau perkhidmatan mestilah berorentasikan fotografi sahaja. Untuk maklumat lebih lanjut, boleh hubungi kami di email jurugambardotcom@gmail.com