Backpackerzmag.com dan Koya TV (penerbit Haramain Backpacker) bergabung untuk menghasilkan program dokumentari realiti TV sebanyak 13 episod untuk mencari 13 peserta yang terdiri dari Jurugambar-jurugambar profesional Malaysia.

Program yang diberi nama “Backpackerz – A Meaningful Journey” akan ditutup tarikh penyertaan pada 11 Julai 2018 (Rabu).

Jika anda ingin menyertai program berkenaan, apa yang perlu anda lakukan adalah anda perlu menghantar butiran-butiran yang diminta oleh pihak penerbit melalui email di alamat magazine.backpackerz@gmail.com :

– Gambar Profile
– CV
– Artwork (Gambar-gambar, Youtube, Vimeo, video atau lain)
– Jumlah pengikut media sosial (FB, Instagram atau lain-lain)

 

Sumber: FB Koya TV