Drone terbaru dari DJI iaitu Mavic Pro II dikhabarkan akan menggunakan 12MP Sony IMX226 CMOS 1 / 1.7 ” sensor STARVIS yang terbaru.

Khabar angin mengatakan ianya mempunyai ciri-ciri berikut:
– Rupa bentuk yang lebih baik. Mungkin lebih besar dari Mavic Pro
– Mempunyai dua saiz sensor yang berbeza
– Mempunyai gimbal mudah alih seperti GoPro Karma.
– Motor yang lebih besar
– Bunyi kipas yang jelas (sebelum ini yang jenis senyap)
– Boleh mengelak halangan dari seluruh arah
– Kaki drone yang boleh dilipat
– Kelajuan maksimum: 45 mph dalam mod sport
– Sensor belakang jenis binocular (yang ini tak faham)
– Keupayaan kipas motor yang lebih kuat
– Satu ciri tracking yang baru
– Sistem penderiaan 3D yang dipermudahkan, elakkan rintangan walaupun dalam kegelapan
– Sensor imej 1 inci baru, kanta 24mm, aperture f / 2.8 hingga f / 11
– Keupayaan dinamik range yang dipertingkatkan, Kepekaan Warna, julat ISO, Kurangkan Bunyi dan banyak lagi, kualiti imej yang sama seperti Phantom 4 PRO, 11 stops dinamik range.
– PTZ akan direka semula untuk kelihatan seperti versi kecil Zenmuse X4s atau Phantom 4 Pro
– Mempunyai D-Log & D-Gamut
– Tiada shutter mekanikal
– Rekaan baru untuk gimbal 3-paksi
– Masa penerbangan lebih kurang 35 minit, kapasiti bateri 4820 mAh, bateri baru 4s (15.2V). Tidak sesuai untuk digunakan bersama generasi pertama Mavic Pros
– Dibahagian hadapan seakan ada modul pengesan inframerah , untuk memudahkan pergerakan sebelah malam/gelap.

Sumber:  Photo Rumors