Pada Januari 2019 yang lalu, Jurugambar.com telah menganjurkan sebuah Bengkel Mini Fotografi “Thaipusam – Warna & Emosi”. Bengkel kali pertama ini bertujuan memperkenalkan para peserta tentang teknik penghasilan sebuah foto esei berdasarkan perayaan Thaipusam yang disambut pada bulan Januari.

Program bertaraf “advance” ini terbuka kepada jurugambar yang berminat serta mempunyai asas ilmu fotografi. Bengkel mini ini telah dilaksanakan dalam 4 sesi yang padat. Ianya dirangka untuk memudahkan pembelajaran kepada peserta bengkel yang rata-ratanya masih bekerja.

Sesi Pertama 
13 Januari 2019

Photo Talk atau Bicara Foto oleh Bazuki Muhammad, bekas Fotojurnalis yang pernah berkhidmat bersama agensi berita antarabangsa REUTERS. Beliau kini bertugas di agensi berita tempatan NSTP sebagai penasihat fotografi. Dalam bicara foto yang berlangsung selama lebih dua jam itu, beliau berkongsi pengalamannya membuat liputan Thaipusam selama lebih dari 20 tahun. Sesi soal jawab juga amat meriah, pelbagai soalan diajukan oleh para hadirin.

Majlis diteruskan dengan memperkenalkan para mentor dan penilai (reviewer) yang berlatar belakang sebagai fotojurnalis profesional yang sedang dan pernah berkhidmat bersama agensi-agensi berita antarabangsa dan tempatan.

Mentor Pertama: Supian Ahmad, fotojurnalis dari The New Straits Times Press

Mentor Kedua: Syaiful Redzuan, fotojurnalis bebas & dokumentari

Penilai: Shamsahrin Samsuddin

Biodata mengenai mereka boleh di rujuk di posting sebelum ini.

Majlis dengan kehadiran melebihi 30 orang memenuhi ruang Kafe 57, Taman Melati Kuala Lumpur yang sebahagian besarnya terdiri daripada para profesional fotografer memeriahkan suasana program. Program yang bermula dari jam 2.30 petang dan tamat pada pada jam 6.00 petang.

Produk aksesori beg untuk fotojurnalis dari Dekade

Sesi Kedua 
21 Januari 2019

Program outing yang sepatutnya bermula jam 3.00 pagi namun beberapa masalah seperti kesesakan lalu lintas, parkir juga kelewatan yang tidak dapat dielakkan, program bermula pada jam 4.00 pagi. Buat pertama kali outing ini dianjurkan bersama Fotografi Jalanan Malaysia.

Pergerakan bermula dari tempat berkumpul pada jam 4.30 pagi di hadiri lebih kurang 15 orang. Jarak antara restoran dengan Kuil Sri Subramaniyar lebih kurang 1 kilometer. Tamat outing lebih kurang 10.00 pagi. Outing selama 6 jam adalah sesuatu yang menyeronokkan.

Sesi Ketiga 
26 Januari 2019

Sesi ini adalah sesi perbelajaran yang amat penting untuk para pelajar. Ia menyentuh tentang editing, cropping, pemilihan gambar juga konsep currating serta penceritaan dan persembahan hasil outing.

Ianya berjalan secara santai tapi amat berilmiah bertempat di Citta Mall, Ara Damansara. Ianya bermula pada jam 10.00 malam berakhir pada jam sekitar 3.30 pagi! Dedikasi, kesungguhan dan komitmen oleh pelajar dan mentor amat sungguh mengagumkan.

Sesi Keempat 
27 Januari 2019

Sesi bersama Shamsahrin Samsuddin ialah penilaian photo essay yang dihasilkan oleh para pelajar. Memandangkan bengkel ini berjaya ditamatkan dua orang peserta sahaja, ianya memberikan kelebihan kepada para pelajar terbabit. Program yang bermula dari jam 2.30 petang berakhir pada jam 6.00 petang. Program bergerak secara santai, banyak tips-tips yang diperolehi oleh para pelajar dalam menghasilkan sebuat photo essay yang baik. Sesi kali ini telah diadakan di Kafe 57, Taman Melati.

Secara keseluruhannya, program yang julung diadakan ini yang dijalankan selama empat minggu ini, telah mencapai objektif utama walaupun sasaran pelajar yang disasarkan adalah 10 orang.

Pada permulaan program, hanya lima orang pelajar yang mendaftar, namun hanya dua sahaja yang berjaya menamatkan bengkel ini. Syabas kepada mereka.

Pihak Jurugambar.com ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak dan mereka yang membantu menjayakan program ini.

Pihak kami berharap program ini menjadi pemangkin kepada projek-projek kami yang akan datang.