Hitam dan putih. Dua warna ringkas yang menjadi medium kepada seribu cerita kehidupan di sebuah kotaraya metropolitan bernama Kuala Lumpur. Itulah yang dapat dirasai oleh pengunjung apabila melihat sendiri imej oleh Azul Adnan yang ditayangkan di pameran ‘KL Ubanism‘ yang sedang berlangsung sekarang di Creative Space, MaTic Kuala Lumpur.

Azul Adnan merupakan seorang jurufoto yang lahir dan membesar di Kuala Lumpur. Dari sudut fotografi, beliau sentiasa cuba mendalami subjek yang ingin digambarkan melalui sudut yang unik dalam konteks pemandangan yang dilihat. Hasil fotografi beliau telah diterbitkan melalui majalah dan format digital di National Geographic, Lonely Planet, Digital Camera and Mabuhay (Philippine Airlines).

Menurut beliau, gambar-gambar yang dipamerkan di pameran “KL Urbanism” adalah dipilih khas bagi melambangkan kehidupan di Kuala Lumpur, dalam situasi yang boleh berlaku sendiri pada sesiapa sahaja. Uniknya, setiap gambar yang berkonsepkan fotografi jalanan tersebut ditangkap secara candid. Untuk mendapatkan komposisi yang dihajati, ada kalanya Azul Adnan terpaksa menunggu lebih 2 jam!

Bagi yang berminat untuk melihat sendiri pameran tersebut, bolehlah datang ke Creative Space, MaTic Kuala Lumpur. Pameran dibuka setiap hari dari dari jam 10 pagi hingga 6 petang, sehingga 16 Ogos 2019.

 

Gambar-gambar adalah sumbangan dari Lah Sadzik, Supian Ahmad, Rahim Rahman & Azul Adnan

LAH SADZIK

LAH SADZIK

Aktivis Kemanusiaan

Aktivis Kemanusiaan, sukarelawan, lelaki dengan kamera. Lah Sadzik adalah seorang yang bercita-cita menjadi seorang photojournalist dan giat berkecimpung dalam misi kemanusiaan.

Berpengalaman dalam melaksanakan misi di Malaysia, Cambodia, Indonesia dan yang terbaru, Yaman. Beliau berharap gambarnya dapat memberi inspirasi kearah membawa perubahan positif bagi menjadikan dunia lebih baik, sekeping gambar pada satu masa.