TRANSMONGOLIAN + TRANSIBERIAN:
Jalan rel Kereta api Terpanjang di dunia di Musim Sejuk

(Beware dengan cerita kedongengan yg agak meleret, if bosan skip terus n tatap je tepekan gambar2)

Merentasi 4 negara (China, Mongolia, Russia dan Finland) 2 benua (Asia dan Eropah) dengan 7 zon waktu berbeza sejauh 11,081 km dimana cabaran terbesar travel dikala musim sejuk (-28c). Agak gusar pada mulanya mndengar suhu dibawah paras beku tapi semangat juang kami sepanas magma Gunung Krakatoa!!! Bhahahaha. Bermula hanya sekadar angan2, alhamdullilah akhirnya mission accomplished dengan jayanya!!! Keep on dreaming n DREAM BIG.

Eastbound atau Westbound? Kami memilih westbound dengan starting point di Beijing dimana kami juga membuat beberapa pit stop di Ulanbator (utk ke South Gobi), Irkustk (utk ke Olkhon Island melihat fenomena Tasik Baikal beku), Yekaterinburg, Kazan, Moscow, dan Saint Petersburg sebelum mengakhiri misi kami di bumi Helsinki.Enam train sectors(kecuali sectors Saint Petersburg – Helsinki) we opt for 3rd class (platzkart) cabin untuk merasai lebih dekat sentuhan org2 Ruski!!! Berbekalkan peruntukan masa selama 4 minggu, every single second been spent wisely dan we kept the best yet unforgetable memory evah!!!

Okey sebelom tgk gambar sila amati dan hadami statistik perjalanan kami seperti di bawah:

Statistik Perjalanan

Trans-Mongolian Railroad:

Beijing to Ulanbator by K23 train : 1,550 km
Ulanbator to Irkutsk by 305 train: 1,113 km

Trans-Siberian Railroad:

Irkutsk to Ekterinburg by 99 train: 3,375 km
Ekaterinburg to Kazan by 105 train: 875 km
Kazan to Moscow by 001 train: 793 km
Moscow to Saint Petersburg by 015 train : 652 km
Saint Petersburg to Helsinki by Allegro781 train : 407 km

Train journey distance : 8,765 km

Gobi’s Journey

Ulanbator Dalanzadgad Ulanbator by bus: 1,150 km
DalanzadgadBayanzagKhongryn els-yolyn am Dalanzadgad by jeep : 580 km

Lake Baikal’s Journey:

IrkutskKhuzhirIrkustk by matshruka : 586 km

Total distance : 11,081 km

Oh ya lupa trip kami adalah gabungan Transmongolian dan juga Transiberian railroad. Gabung sini gabung sana, redah sini redah sana, goyang sini goyang sana maka tertunailah hajat kami menyempurnakan so called traveller’s legendary bucket list!!!! Haaaa pasal budget? Apalah nilai ringgit usd yuan tugrik rubles juga euro jika dibandingkan priceless moment yg korg nikmati sepanjang menyusuri perjalanan maha epic ini. Cliche bukan?!!! Hahahahaha. Hakikatnya seusai berakhirnya trip, anda kemurungan disulami dengan post holiday syndrome. Goodluck!!!

 

Khairudin Mohd Thani

Khairudin Mohd Thani

Jurugambar Profesional & Ahli Psikologi

Profesion sebenar En. Khairudin Mohd Thani adalah sebagai ahli psikologi. Aktif dalam gerakan FotoTerapi. Mulanya fotografi sebagai hobi dan menjadi lebih serius dalam  fotografi pada tahun 2006  sehingga sekarang. Beliau merupakan penulis yang menyumbang untuk majalah fotografi FOTOGRAFIKA sejak keluaran pertama pada Julai 2011 sehingga sekarang. Beliau juga menulis buku “ Psikologi Dalam Seni & Seni Reka’ . Terlibat dengan KLPF sudah 8 tahun dan aktif dalam Kelab GoPro Malaysia melalui rakaman kegiatan aktiviti lasak, street photography dan dan juga berkebolehan Repair & Service GoPro