Tips GoPro Masuk Air

Seronok kan jalan-jalan pergi bercuti ataupun keluar bersama keluarga ataupun kawan-kawan  beraktiviti dan merakam gambar aktiviti bersama. Rakaman gambar aktiviti bersama boleh merakam pelbagai moment bersama. Antara kamera pilihan untuk merakam kegiatan aktiviti luar dan aktivti lasak ialah GoPro. Mungkin kerana GoPro action camera yang lasak, waterproof dan senang nak upload gambar dimana jua ada capaian internet.

Keseronokan menggunakan GoPro untuk merakam gambar aktiviti kadang-kadang boleh berubah menjadi mimpi ngeri apabila GoPro dah masuk air dan tak berfungsi dengan baik. Gopro masuk air juga boleh mengacau mood happy percutian kepada mood sedih dan menyampah kalau tak kena cara. Mana tak menyampahnya dan geram? GoPro baru beli, bawa pergi bercuti untuk 5 hari 4 malam. Tiba-tiba hari kedua bawa pergi snorkeling, sedang berseronok snorkeling GoPro terpadam dan bila cek ada air masuk kat bahagian bateri. Pasti sedihkan? Terus spoil mood percutian. Lagi geram kalau yang buatkan GoPro masuk air tu orang lain. Kejadian GoPro masuk air boleh berlaku dengan pelbagai sebab. Antaranya ialah kecuaian pengguna sendiri dan kadangkala juga berlaku atas kesilapan teknikal.

Service GoPro dan peralatan lain sebelum masuk air

Amalan terbaik ialah cek GoPro dan peralatan lain setiap kali sebelum guna. Pastikan semua peralatan dalam keadaan terbaik, bersih, bebas karat, bebas pasir dan sebagainya. Rambut yang nipis sekalipun kena cuci dulu sebelum guna. Kerana sebarang bendasing yang berada sekitar GoPro    boleh jadi punca masalah teknikal kemudian nanti. Kalau perlu hantar service, maka hantarlah service dulu sebelum guna.

GoPro Hero 5,6 & 7 kan waterproof ?

Memang Gopro Hero 5,6 & 7 waterproof, tetapi sila berhati-hati sebab banyak sangat kes leaking water dan akhirnya merosakkan GoPro anda. Tak kena takper, kalau dah kena tak guna lagi menyesal kemudian hari. Ramai jer yang berkata, GoPro kan waterproof, apa nak risau, guna jer lah. Kalau masuk air, maka claim warranty. Cakap memang senang, tapi kalau dah kena frust menonggeng. Apa perasaan anda jika pergi bercuti or travel tiba-tiba GoPro masuk air? Banyak lagi lokasi nak pergi, banyak lagi Dive site nak turun, banyak hari lagi perjalanan nak travel around, tapi tiba-tiba GoPro pulak jahanam masuk air. Stress dan sedih kan? Kalau boleh claim warranty pun kena ada resit asal, kena hantar kedai GoPro tempat anda beli, banyak step kena proses dan bukannya claim terus dapat. Lagi sedih kalau claim tak approve. So, cara terbaik ialah ambik langkah berhati-hati penggunaan GoPro untuk semua aktiviti air.

Tutorial sebelum bagi pinjam / sewa GoPro

Boleh dikatakan majoriti GoPro yang rosak masuk air bukannya disebabkan owner GoPro sendiri. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri merepair GoPro. Mungkin pengalaman orang lain berbeza. Kebanyakan GoPro rosak masuk air berlaku bila GoPro dipinjamkan kepada orang lain dari ahli keluarga, kawan-kawan dan juga mungkin disewakan. Ini berlaku kerana kurangnya pengetahuan penjagaan GoPro untuk aktiviti air dan juga anggapan bahawa GoPro yang digunakan itu bukan sendiri punya. Kurangya rasa bertanggungjawab dalam penjagaan dan lagi menyedihkan apabila GoPro yang dipinjam rosak masuk air tidak diberitahu kepada owner yang bagi pinjam dan lagi stress dan sedih bila owner tanya tak mengaku GoPro masuk air. Tapi kantoi GoPro dah masuk air bila hantar repair buka dan baraikan GoPro dalamya penuh dengan air, pasir halus dan mula berkarat. Sudah pandai meminjam apa salahnya bertanggungjawab atas barang pinjaman tersebut. Cara terbaik sebelum bagi pinjam GoPro ialah memberi tutorial lengkap cara guna dan penjagaan GoPro. Ada kes pernah hantar GoPro Hero 4  hantar repair kepada saya kerana GoPro tersebut dibawa untuk aktiviti snorkeling tanpa menggunakan waterproof casing kerana peminjam mendakwa ‘ GoPro kan waterproof?’ stress kan ? Nak marah? Nak ketawa ? serba salah kan? Nak salahkan diri sendiri? Manakala kes bagi sewa pulak sebaiknya mesti ada dokumen perjanjian yang jelas dengan wang deposit dan dokumen lain perlu. Ini untuk mengelakkan anda jadi mangsa penyewa yang tidak bertanggungjawab.

Dah pinjam sila bertanggungjawab

Kepada yang meminjam GoPro adik beradik, sedara mara atau kawan anda, silalah bertanggungjawab dan menjaga macam harta anda sendiri. Jangan buat lebih kurang jer, campak sana sini, guna untuk aktiviti lasak tanpa proper aksesori, masuk dalam air tanpa guna waterproof casing dan tidak buat test leaking dulu. Selepas guna sila ambil langkah mencuci dan service GoPro sebelum hantar balik kat owner. Jangan pulak sudah guna hantar dalam keadaan barai, pecah, lens calar dan rosak. Lagi teruk kalau masa hantar GoPro pinjam tu tak bagitahu pun kat owner bahawa GoPro tersebut sudah rosak dan apabila ditanya oleh owner selepas itu tidak mahu bertanggungjawab. Mengelak dengan berkata, masa pinjam hari tu Ok jer guna, takder rosak pun. Padahal masa pinjam GoPro dah masuk air, GoPro tak boleh On, GoPro Heng dan pelbagai musibat yang terjadi. Dah pinjam sila bertanggungjawab. Paling teruk pun sila bagitahu kat owner masa hantar dan sebaiknya bagitahu apa rosak dan berjanji akan bertanggungjawab atas kerosakan .

Dah masuk air? Buka bateri & simkad

Antara perkara utama yang perlu dilakukan apabila dah sedar GoPro masuk air ialah cepat-cepat keluarkan bateri dan simkad. Jika air masin yang masuk dalam GoPro, maka boleh gunakan air mineral disiram atas GoPro untuk mengurangkan impak air masin. Ini kerana air masin / air laut akan mempercepatkan lagi proses part dalaman berkarat dan rosak. Kalau termasuk air tawar seperti air sungai ataupun swimming pool, cubalah keringkan secepat mungkin. JANGAN SESEKALI NAK CUBA ON GOPRO nak test tengok GoPro Ok or KO. Cubaan ON GoPro ini boleh membuatkan berlaku litar pintas dan merosakkan part dalaman GoPro dan lagi teruk boleh menjahanamkan Motherboard. Kalau motherboard dah rosak….macam better beli GoPro lain la jawabnya.

Keringkan GoPro ?

Antara cara popular yang digunakan untuk mengeringkan GoPro masuk air ialah mengambus GoPro dalam beras. Saya pernah menggunakan cara ini dan ternyata berkesan. Tapi jangan pula anda konfiden sangat dengan meletakkan GoPro dalam beras beberapa hari, kemudian GoPro akan jadi OK semula. Tak semestinya begitu kerana banyak kes juga part dalaman tidak kering 100% apabila GoPro dikambus dalam beras beberapa hari. Cara yang terbaik ialah kena baraikan GoPro anda dan keringkan menggunakan beberapa cara lain. Kalau tak konfiden buka dan pasang balik GoPro, maka sila hantar kepada GoProFix untuk mengelakkan kerosakan makin parah. Pengalaman saya banyak kes cubaan membuka GoPro akhirnya berkesudahan dengan kerosakan yang makin teruk dan melibatkan kos yang makin tinggi. Antara cara lain hendak keringkan GoPro ialah buka semua bahagian bateri dan USB port kemudian letak depan kipas dan pelbagai cara lagi.

Kalau dah cuba ON GoPro ok jer?

Itu memang anda bernasib baik, tapi ingat jika ada part dalaman yang belum kering 100% maka selepas beberapa lama, maka GoPro anda akan mula bermasalah seperti GoPro rasa panas, bateri cepat habis, ada beberapa mode yang tak berfungsi dan sebagainya. Paling sedih akhir sekali GoPro terus jahanam tak boleh ON sebab motherboard sudah terbakar. Jadi, cara terbaik ialah hantar service dan diagnosed dulu untuk kebaikan jangka masa panjang. 

Kalau dah ON, tapi LCD belakang blackout?

Bermakna ada part dalaman goPro anda dah rosak dan mungkin boleh repair atau tidak atau juga tak baloi repair jika melibatkan kos yang mahal. Anyway pilihan anda sendiri untuk proceed repair ataupun guna macam tu jer.

Kalau dah On, tapi bateri cepat habis?

Bermakna motherboard problem. Kes sebegini chances repair 50/50. Ataupun memang kena tukar motherboard baru yang memang harga agak mahal. Macam tak berbaloi nak tukar motherboard baru. Better beli GoPro lain jer.

Kalau dah On, tapi tak boleh tukar mode?

Bermakna ada button mode yang stuck, dah mula berkarat or part dalaman yang kena impak masuk air. 

Kalau dah On, tapi SD card error?

Bermakna part SD kad slot dah mula berkarat, lembab or rosak. Boleh di repair dengan tukar slot kad baru. 

Kalau dah On, tapi GoPro Heng?

Bermakna Motherboard GoPro anda dah nyawa-nyawa ikan dan low chances untuk recover semula.

Kalau dah On, tapi takder responds langsung?

Bermakna GoPro anda dah jahanam ataupun dah kat ICU perlu bantuan mesin bantuan hayat. Nasib baik boleh selamat lagi. Tapi kalau dah rosak jahanam teruk takleh nak buat apa dah. Biasanya melibatkan motherboard terbakar, berkarat teruk, ada part yang hancur dan sebagainya. Boleh rujuk gambar-gambar bersama artikel ini kesan GoPro masuk air.

Kes GoPro masuk air pernah repair.

Kes GoPro masuk air pernah repair yang paling banyak ialah untuk aktiviti dilaut seperti diving & snorkeling . Ada juga kes air tawar seperti di swimming pool, aktivti white water rafting, terlupa pakai casing semasa ride motor dan tiba-tiba kena hujan lebat dan sebagainya. Kes yang agak unik ialah GoPro terjatuh dalam mangkuk seafood tomyam semasa owner duk sembang dengan kawan-kawan. Masa owner hantar GoPro tersebut semerbak bau tomyam dan semasa saya buka gopro tersebut masih banyak cili-cili tomyam kat part dalama GoPro tersebut. Ada juga kes GoPro termasuk air Teh Tarik dan Milo tabur. Jadi sila berhati-hati dengan persekitaran anda yang berunsurkan air semasa menggunakan GoPro. Kemalangan GoPro masuk air boleh berlaku dimana-mana sahaja. Ada juga kes anak owner berumur lebih kurang 2 tahun ambik GoPro dan masukkan dalam gelas air suam semasa ahli keluarga sedang makan malam kat restoran. Jadi berhati-hati dengan persekitaran anda semasa menggunakan GoPro.

Khairudin Mohd Thani

Khairudin Mohd Thani

Jurugambar Profesional & Ahli Psikologi

Profesion sebenar En. Khairudin Mohd Thani adalah sebagai ahli psikologi. Aktif dalam gerakan FotoTerapi. Mulanya fotografi sebagai hobi dan menjadi lebih serius dalam  fotografi pada tahun 2006  sehingga sekarang. Beliau merupakan penulis yang menyumbang untuk majalah fotografi FOTOGRAFIKA sejak keluaran pertama pada Julai 2011 sehingga sekarang. Beliau juga menulis buku “ Psikologi Dalam Seni & Seni Reka’ . Terlibat dengan KLPF sudah 8 tahun dan aktif dalam Kelab GoPro Malaysia melalui rakaman kegiatan aktiviti lasak, street photography dan dan juga berkebolehan Repair & Service GoPro