CANON baru sahaja mengumumkan 2 model kamera point & shoot mereka yang popular dari siri G PowerShot, G7 X III dan G5 X Mark II. Kedua-dua model tersebut dilengkapi 20 megapixel CMOS sensors yang dilengkapi processor DIGIC 8 Images. Ianya berkemampuan mengambil gambar 20fps serta maksimum ISO 12,800.

Untuk rekod video, ianya berkemampuan mengambil 4K/30p, 1080/60p (dan 120p), HDR dan kelajuan tinggi video. Kedua-dua model tersebut dilengkapi 180 degree skrin boleh lipat (tilting sreen), Wifi dan Bluetooth, pop-up flashes serta port USB-C termasuk 35mm (bersamaan 24-120mm f/1.8-2.8) optical zoom lense.

Yang membezakan antara G7 X II dengan G5 X Mark III adalah ianya mempunyai saiz yang lebih kecil dan dicipta khas untuk kegunaan video blogger (menjadi kamera vlog) kerana ianya mampu untuk disambungkan terus ke platform social media secara live seperti youtube, facebook dan instagram stories.  Ianya juga berkemampuan untuk merakam video secara vertical/menegak.

Anggaran harga adalah $750 (G7 X III) RM3,100 dan $900 (G5 X Mark II) RM3,700 dan jangka dipasarkan bermula August 2019.

Canon PowerShot G7 X III
Canon PowerShot G5 X Mark II